Nadi Bangi
Budaya Meminum Boba Tea Amat Bahaya!
Oleh: Vanisri Ravi
Penyunting: Nur Sahira Omar
Budaya meminum boba tea dalam kalangan masyarakat Malaysia semakin popular tidak mengira umur,bangsa dan jantina. Ramai masyarakat sangat tergila-gila dengan boba tea yang merupakan satu budaya yang dibawa dari luar negara. Boba juga sangat popular dalam kalangan masyarakat di Taiwan kerana asal usul boba Tea atau dinamakan bubble tea adalah daripada negara Taiwan. Kebanyakkan rakyat Malaysia beratur panjang semata-mata hanya untuk mendapat secawan boba tea yang menjadi satu ketagihan masyarakat Malaysia sekarang. Adakah boba tea ini menjadi antara minuman kegemaran masyarakat disebabkan oleh rasa atau mengikut trend? Adakah masyarakat sedar bahawa minum boba tea pada jangka masa yang panjang boleh memberi kesan kepada kesihatan ?
KANDUNGAN GULA DALAM BOBA TEA
Minuman boba tea atau lebih dikenali sebagai bubble tea merupakan antara kegemaran masyarakat untuk diminum bersama dengan bebola boba. Boba adalah sejenis bebola yang diberbuat daripada ubi kayu dan ramuan lain. Kandungan gula dalam minuman boba tea adalah sangat tea dan boleh memudaratkan jika diminum pada jangka masa yang panjang. Menurut akhbar Berita Metro, Muhammad Farid Seni sebagai Pegawai Dietetik Klinik Kesihatan Malaysia yang memberitahu kandungan gula yang terdapat dalam secawan minuman adalah lapan sudu teh dan boleh mencecah hingga 20 sudu teh gula jika secawan adalah 500ml. Manakala paras gula bagi secawan 200 hinga 250ml juga boleh mecapai hingga 10 sudu teh gula. Oleh itu, kandungan gula dalam boba tea memang tinggi dan boleh memudaratkan kesihatan manusia yang meminumnya setiap hari. Bayangkan masyarakat yang minum boba tea setiap minggu dan kandungan gula yang diambil pada setiap minggu sudah mencecah paras yang tinggi.
BOBA BOLEH MENGANGGU PROSES PENCERNAAN
Bebola boba juga dikatakan diperbuat daripada tepung tapioka yang merupakan sejenis tepung yang sukar untuk dicerna atau kenyal. Bukan semua penghasil bebola boba menggunakan bahan asli untuk menghasilkan bebola boba kerana ia bergantung kepada penghasil bebola boba tersebut, kadang-kadang mereka menggunakan bahan pengental dan pengawet yang menjadi lebih bahaya untuk kanak-kanak yang sukar untuk dikunyuh dengan betul dan proses pencernaan adalah lambat. Selain itu,minuman boba tea juga mengandungi gula yang terlalu tinggi kerana dicampur dengan gula perang dan susu. Kandungan kemanisan dalam boba tea adalah sangat tinggi dan boleh menyebabkan masalah kesihatan jika minum pada jangka masa panjang. Walaupun rakyat Malaysia tidak mempedulikan atau mengambil berat tentang kesihatan diri mereka dengan pengambilan gula yang terlalu tinggi dan mungkin kes yang berlaku di China akan memberi satu peringatan kepada mereka. Menurut berita Metro juga seorang gadis dari Negara China dijumpai dengan beratusan bebola boba yang tidak dihadam dikumpul dalam saluran usus. Ini disebabkan oleh bebola boba yang diperbuat daripada ubi kayu bersifat seperti gam dan mudah terlekat pada saluran usus.
KESAN MINUM BOBA TEA
MENINGKATKAN BERAT BADAN
Bagaimana meminum boba tea boleh meningkatkan berat badan? Ia kerana dengan mengambil kandungan gula yang banyak dan tambah lagi dengan creamer, gula perang yang akan meningkatkan kalori sehari. Segala minuman yang mengandungi gula boleh meningkatkan berat badan dan bayangkan boba tea yang mengandungi gula sebanyak 20 sudu teh gula untuk secawan yang 500ml.
MENYEBABKAN PENYAKIT KANSER
Pada awalnya memang dinasihatkan oleh pakar-pakar untuk mengurangkan makan bebola boba kerana boba merupakan sejenis kima yang dinamakan sebagai polychlorinated biphenyls (PCBs). Kimia ini boleh menyebabkan penyakit kanser kerana mungkin kimia ini digunakan untuk menghasilkan bebola boba yang lebih lembut dan rasa seperti gam. Selain itu, bahan kimia lain seperti DEHP (di-ethylhexyl phthalate) yang berfungsi untuk meningkatkan tesktur dan warna produk.
BAGAIMANA ATASI KETAGIHAN MINUMAN YANG BERGULA?
Menurut berita metro,terdapat beberapa cara untuk mengatasi ketagihan terhadap boba tea dan antaranya ialah kurangkan kuantiti minuman boba yang biasanya disajikan dalam secawan di antara 400-500ml yang boleh dikongsi bersama dengan keluarga atau kawan. Selain itu,cara lain mengatasi ketagihan adalah menggantikan gula kepada pemanis semula jadi seperti stevia yang lebih sihat berbanding dengan gula biasa.
BIAR KAWAL SEKARANG UNTUK JANGKA HIDUP YANG PANJANG!
Kesimpulanya, kita sebagai manusia perlu mengambil berat tentang kesihatan diri dan pengambilan gula yang tinggi boleh membawa pelbagai penyakit yang boleh memudaratkan diri sendiri. Ini bukanlah bermaksud tidak boleh minum boba tea tetapi minuman ini perlu dikawal mungkin dalam seminggu sekali atau sebulan sekali adalah lebih baik daripada minum setiap hari yang sudah pun melepaskan kuota gula pada sehari. Minum boba tea pada setiap hari serta merta meningkatkan pengambilan gula dalam badan kita.