top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Bukan Betul, Bukan Salah, Double Meaning Soal Etika

Penulis: Sharveshwaran Ramarau

Penyunting: Aliff Idzwan Abdullah

Sumber: Google


Adakah rakyat kini mudah tersentap? Ataupun penggunaan makna seperti ‘double meaning’ yang telah lama wujud, akhirnya dilihat sebagai perkara yang tidak patut dikongsi? Lawak jenaka yang bertemakan ‘double meaning’ ataupun makna berganda ini selalunya hanya akan diterima dan dinikmati oleh sekumpulan masyarakat yang memahami makna berganda yang digunakan oleh penyampai mesej tersebut. Namun begitu, adakah ia wajar untuk menyebabkan kumpulan masyarakat lain berasa tidak selesa melalui kandungan ‘double meaning’ yang disampaikan.


Semakin banyak insiden berkenaan dengan penggunaan ‘double meaning’ muncul dan dijadikan sebagai topik berdebat antara rakyat Malaysia. Isu Shuk Nafi buat lawak ‘double meaning’ dengan tetamu jemputan di konti iaitu Ayu Aziz. Ini telah pun menjadi isu yang popular pada bulan Oktober 2021. Selain itu, terdapat juga iklan yang unsur-unsur ‘double meaning’ yang tidak sesuai dipaparkan di tempat umum. Sebagai contoh iklan yang menggunakan ayat seperti, “sabun ini bukan untuk lelaki bujang”. Iklan ini mungkin difahami oleh seorang dewasa tetapi jika iklan dilihat oleh kanak-kanak, apa akan terjadi ?


‘Double meaning’ membawa maksud sebuah mesej yang boleh menimbulkan apabila melihatnya, dimana terdapat beberapa perspektif atau membawa dua maksud yang berbeza. Unsur ‘double meaning’ ini bukan sahaja dapat ditunjukkan atau diekspres melalui perkataan, tetapi juga disampaikan dalam bentuk bukan lisan seperti gambar, video dan juga teks. ‘double meaning’ yang berunsur seks boleh dikatakan sebagai gangguan seksual. Dalam suasana yang merangkumi khalayak ramai, mesej sebegini yang mungkin bersifat menghiburkan bagi beberapa pihak akan menimbulkan rasa tidak selesa dalam kalangan masyarakat yang lain. Double meaning ataupun makna berganda telahpun wujud dalam kehidupan sosial masyarakat , yang seterusnya membawa kepada penggunaan unsur double meaning di media, untuk menarik kumpulan sasaran mereka untuk terus menikmati kandungan yang dicipta.


Walaupun unsur ini telah wujud bagi tempoh yang lama, kemunculan media sosial telah memberikan platform kepada netizen untuk bebas mengemukakan pendapat mereka tanpa mengira kaum, agama , jantina mahupun kelas sosial lain yang mungkin wujud. Penggunaan media sosial sejajar dengan pendedahan terhadap penggunaan unsur ‘double meaning’ di pelbagai konteks sosial di merata dunia telah menimbulkan kesedaran dalam kalangan netizen mengenai penggunaan unsur ‘double meaning’ di Malaysia, dan mampu menilai kesesuaian penggunaan ‘double meaning’ dalam konteks khalayak Malaysia.

Adakah ‘double meaning’ ini salah?


Bagi menjawab persoalan ini, kita perlu mengupas semula ‘double meaning’ yang tidak mempunyai garis panduan yang spesifik. Hal ini kerana ‘double meaning’ amatlah bergantung kepada konteks sosial di mana mesej tersebut dikongsi, dan tidak dapat disabit kesalahan secara terus sepertimana dengan kesalahan jenis hasutan dan juga buli siber. Sifat kompleks yang wujud dalam unsur ‘double meaning’ ini telah mengakibatkan mereka yang menyampaikan mesej berbentuk sama ada berbentuk lisan, mahupun visual , tidak mampu menilai kesesuaian bagi unsur ‘double meaning’ yang digunakan oleh seorang individu mahupun kumpulan. Kurangnya garis panduan terhadap unsur ini juga telah mengakibatkan bangkitnya pelbagai isu seperti paparan iklan yang tidak beberapa sesuai bagi paparan umum, perbualan dan perkongsian yang berbentuk double meaning yang mengakibatkan kemudaratan terhadap kumpulan yang terkesan mahupun rasa tidak selesa akan double meaning yang dikemukakan. Oleh itu, double meaning dalam konteks undang-undang bukan salah. Walau bagaimanapun, wujudnya soal etika penyampai mesej apabila membincangkan isu ini. Walaupun tidak menyalahi undang-undang, penyampai mesej berbentuk double meaning ini perlu sedar apabila perkara yang dikatakan tersebut menyinggung ataupun mengakibatkan sekumpulan masyarakat kurang selesa dengan perkongsian mereka.


Mohd Fairuz Bin Abu, Master Trainer di MFA Smart Training & Consultancy berkata “ double meaning telah menjadi satu budaya yang dibudayakan sejak zaman dahulu.Saya dapati dalam industri hiburan kita , ia dah bermula pada dekad awal zaman P.Ramlee. Terdapat satu filem iaitu ‘Doremi’, di mana Doremi menyelamatkan puteri yang berpakaian agak seksi, kemudian salah seorang dalam watak Doremi itu sebut nak pergi tandas , ambil sabun. Rupa-rupanya dia nak menyiratkan maksud ‘masturbation’. Inilah digunakan oleh pelawak zaman sekarang.


Isu double meaning sebenarnya tidak salah, dan sebenarnya boleh digunakan dalam konteks sosial yang tertentu, seperti dalam kalangan rakan-rakan dan kumpulan yang berpandangan sama yang tidak akan rasa kurang selesa akan mesej yang disampaikan. Walau bagaimanapun, organisasi yang memainkan peranan penting seperti media dan juga politik perlu mempunyai garis panduan yang dapat membantu individu dalam menilai kesesuaian penggunaan unsur double meaning. Pendidikan mengenai unsur ini juga adalah perlu untuk memastikan bahawa rakyat Malaysia faham akan sensitiviti pelbagai pihak sebelum berkongsi mesej yang mengandungi unsur ‘double meaning’ .



213 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page