Nadi Bangi
Buli Siber Membawa Kematian!
Oleh : Liaw Jia Ying
Penyunting : Nur Nadzra Natasha

Baru-baru ini, buli siber telah menjadi punca kematian seorang artis K-pop, Sulli. Ini kerana ia telah memberi ancaman kepada golongan yang dibuli sama ada dalam aspek psikologi ataupun fisiologi.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Berita Harian, kematian seorang artis K-pop terkenal, Sulli yang berusia 25 tahun yang ditemui di kediamannya pada hari Isnin, 14 Oktober 2019 lalu. Sulli memilih untuk membunuh diri bagi menamatkan kehidupannya. Berita kematian Sulli ini telah diumumkan secara rasmi oleh agensi SM Entertainment melalui Twitter pada 15 Oktober 2019.
Sulli atau nama sebenarnya, Choi Jin Ri ialah bekas anggota kumpulan K-pop terkenal F(x). Kematian Sulli adalah disebabkan oleh kemurungan yang teruk. Ini kerana beliau menjadi salah satu mangsa yang diberikan kritikan-kritikan keras pada setiap tindakannya oleh pembuli atau pengkritik atas talian yang anonymous atau tidak mempunyai identiti.
Imej Seorang Artis
Sebelum itu, Sulli membuat pengakuan secara terbuka bahawa beliau selesa dengan tidak memakai pakaian dalam apabila minum bersama rakan-rakannya dalam live Instagram, serta menentang pada imej ‘innocent’ yang dituntut oleh industri hiburan. Maka, ini telah menjadi satu isu atau masalah yang banyak dikritik oleh pembuli kerana mereka mempunyai persepsi terhadap imej serta personaliti seorang artis wanita yang perlu sedia ada.
Sebagai artis Korea yang terkenal, beliau seharusnya menjadi seorang gadis yang comel dan cantik dengan bersikap positif serta perlu mengelakkan apa-apa kesalahan berlaku dari segi moral atau etika. Oleh disebabkan ini bukan sikap sebenar Sulli, maka beliau memilih untuk menjadi diri sendiri dengan menonjolkan sikap tersebut kepada khalayak selepas beliau keluar daripada kumpulan F(x).
Walau bagaimanapun, kelakuannya tidak dapat diterima oleh orang ramai kerana mereka mempunyai pemikiran yang lebih tradisional dan ini bukan harapan atau pantulan mereka terhadap seorang artis. Oleh itu, mereka mengkritik dan menuduh tingkah laku Sulli secara terbuka di Internet dengan persepsi mereka dan mengabaikan perasaan dan emosi Sulli.
Apa itu Buli Siber?
Buli siber adalah satu perbuatan yang mengganggu dan menghina seseorang secara berterusan melalui Internet. Pembuli akan sengaja mencari dan mengkritik kesalahan orang lain secara atas talian kerana mereka mempunyai perasaan hasad dengki terhadap semua tingkah laku orang lain, serta menganggap perbuatan ini adalah sangat menarik.
Malah, tanpa disedari terdapat sesetengah orang secara tidak langsung telah menjadi salah satu pembuli. Ini kerana mereka akan mendengar dan mengikuti kata-kata orang lain, pun mula membuat kritikan terhadap orang lain. Ataupun mereka melakukan sedemikian secara tidak sengaja dan tidak tahu bahawa ini akan memberi kesan kepada orang tersebut.
Kesan Buli Siber
Kejadian buli siber ini sebenarnya mendatangkan kesan yang mendalam kepada fizikal atau emosi seseorang artis. Apabila seseorang terganggu secara mental dan emosi, dia akan cuba untuk mencederakan diri sendiri dan cenderung untuk membunuh diri kerana merasa rendah diri, malu, tidak yakin, mudah rasa tersinggung, murung dan takut.
Selain itu, dia mungkin akan mengalami masalah kesihatan dan fizikal apabila dibuli. Sebagai contoh, penyakit fizikal seperti selsema, dan masalah psychosomatik seperti pening kepala, sakit kepala, sakit perut, kualiti tidur dan tabiat yang tidak sihat. Dia juga akan menunjukkan tanda-tanda keresahan dan kemurungan.
Oleh disebabkan bahan kritikan yang disebarkan mudah diakses oleh ramai khalayak, serta akan muncul dan kekal di Internet sepanjang masa, maka ini turut menjadi satu tekanan berat dalam hidup.
Dia tidak mempunyai cara yang betul untuk mengatasi dan tidak ada saluran kepadanya untuk menyatakan pendapatnya kepada orang lain. Jika dia menentang semua kritikan di media sosial, dia tidak akan mendapat faedah daripadanya. Sebaliknya, ia membawa lebih banyak kritikan kepadanya.