top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Bundle Expo Kembali “Menyengat”

Penulis: Shaffiq Fauzan Nusi

Penyunting: Thor Zhi Xin

Foto: Shaffiq Fauzan Nusi

CHERAS, 7 Nov – Hasil yang berjaya dikutip oleh pihak Bundle Expo dalam masa 4 hari adalah amat mengagumkan di mana sebanyak 30,000 tiket telah dijual kepada peminat-peminat bundle di seluruh Malaysia dan sebanyak 180 vendor jualan turut bekerjasama dalam memeriahkan lagi suasana di Bundle Expo pada tahun ini.


Terdapat juga gerai-gerai yang turut mengambil kesempatan dalam menjual makanan dan minuman bagi santapan para peniaga dan pelanggan yang mengunjungi ke ekspo kali ini. Pelbagai gelagat yang dapat dilihat di sana, ada gerai jualan yang tidak berhenti memanggil para pengunjung untuk ke gerai jualan mereka, ada yang membuat bidaan baju secara langsung dengan menjual baju yang berharga ribuan ringgit dan ada juga peniaga yang sibuk melayan pelanggan yang tidak putus-putus datang ke gerai jualan mereka.


Menurut Mohd Faizul Isa, salah seorang kakitangan acara Bundle Expo, Bundle Expo kali ini menampilkan lebih ramai penjual daripada seluruh Malaysia dan pilihan barangan yang dapat dipilih oleh pelanggan juga akan menjadi lebih banyak dan mempunyai pelbagai jenis.


“Perancangan saya untuk Bundle Expo yang akan datang ialah saya akan memperbesarkan lagi nama Bundle Expo ke seluruh Asia Tenggara dan pada acara seterusnya InsyaAllah akan dijalankan di kawasan Selatan dan juga di Pantai Timur” katanya.


Menurut Aliff Afmil yang merupakan seorang peniaga yang pertama kali hadir untuk berniaga di sini berkata beliau sanggup datang dari Penang untuk datang ke sini kerana impak yang beliau dapat amat memberangsangkan. Sebanyak 3000 pakaian dibawa olehnya dengan menaiki lori tumpang untuk dijualnya dalam masa 4 hari ini.


”Dengan adanya Bundle Expo ni, peniaga yang baru seperti saya boleh mendapat pelbagai ilmu daripada peniaga lain yang sudah bergiat lama dalam bidang jual beli barangan terpakai ini. Paling penting sekali pengalaman yang sangat saya tak boleh lupakan ialah baju yang diniagakan oleh saya dengan harga RM250 hari ini dijual dengan harga RM 60 sahaja. Baju tu boleh cari lagi tetapi pengalaman saya yang berniaga disini memang sangat berharga” katanya.


Menurut Syamim Izzat, 23 merupakan salah seorang pelanggan yang hadir di Bundle Expo tahun ini berkata, Bundle Expo kali ini cukup meriah sekali dan ramai peniaga bundle yang terkenal di sosial media turut hadir berniaga dan ini turut membuatkan lebih ramai lagi yang hadir ke program ini.


“Saya terkejut melihat suasana Bundle Expo yang diadakan pada tahun ini kerana pengunjung yang datang ke sini adalah lebih ramai berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya. Dulu saya dapat tengok orang ramai beratur pada hari pertama dengan hari terakhir sahaja tapi sekarang ni saya lihat orang tidak putus-putus beratur dari hari pertama hingga hari keempat.” katanya.



207 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page