top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Bunga Raksasa Bernilai RM4000 Raih Perhatian Netizen

Penulis: Alyaa Zainal

Penyunting: Hazlina Nasa Sutrisno

Sumber: Tiktok @Yatimohd


KLUANG, 18 Nov – Seorang pemilik akaun TikTok baru-baru ini menjadi tular dan mendapat perhatian netizen setelah memuatnaik sebuah video membuat kejutan hadiah jambangan duit bunga raksasa bernilai RM4,000 kepada ibu bapanya.


Menerusi tinjauan wartawan Nadi Bangi mendapati video yang mencecah hampir 27,100 tanda suka dan 554 komen dari pengguna aplikasi TikTok rata-ratanya memuji perbuatan pemilik akaun dikenali sebagai @yatimohd yang memberi kejutan hadiah jambangan bunga raksasa kepada ibu dan bapanya, merupakan perbuatan yang patut dicontohi masyarakat.


Ruangan komen video tersebut dibanjiri pandangan netizen yang memuji kelainan diambil oleh wanita ini dengan memberi kejutan kepada ibu bapanya dengan mengupah sebuah kedai bunga membuat tempahan dua jambangan bunga raksasa dimana setiap satunya bernilai RM2,000 dan dikenakan upah sebanyak RM1,000 untuk kedua-dua jambangan bunga raksasa ini.


Menerusi komen seorang pengguna TikTok @Erika Airana, kejutan kepada orang yang istimewa dengan memberi duit dalam bentuk jambangan bunga seperti ini memberi makna dan penerimaan yang berbeza pada siapa yang menerimanya.


“Bagi duit dan kejutan seperti ini sangatlah berbeza cara penerimaannya dan siapa yang tidak suka menerima kejutan seperti ini,” ujarnya.


Seorang pengguna TikTok @Khairul, menyatakan walaupun upah yang dikenakan kedai bunga untuk membuat jambangan bunga raksasa boleh dikatakan agak tinggi, namun ianya berbaloi dan sebagai anak, perbuatan tersebut perlu dilakukan dengan ikhlas. Beliau juga mendoakan ganjaran rezeki yang lebih baik kepada pemilik akaun tersebut.


“Tidak kiralah upah mencecah 1k sekalipun untuk mak ayah kita perlu ikhlaskan sahaja. Semoga besar ganjaran mereka kelak,” katanya.


Tinjauan wartawan Nadi Bangi juga mendapati, ruangan komen tidak terlepas dengan pendapat netizen mempersoalkan tindakan wanita berkenaan yang sanggup membayar upah sejumlah wang bernilai RM1,000 kepada kedai bunga semata-mata untuk menyiapkan tempahan duit bunga raksasa berkenaan.


Pemilik akaun yang menggunakan nama panggilan @.sembangkari menyuarakan pendapat beliau diruang komen video berkenaan dengan mengatakan perbuatan pemilik akaun @yatimohd merupakan satu pembaziran.


“Membazir je. Tapi kalau dah kaya sangat apa boleh buatkan,” ujarnya.


Seorang lagi pemilik akaun @littleboy mengatakan ibu dan bapa tidak memerlukan hadiah yang dihias sebegitu dan hanya perlu memasukkan wang secara atas talian tanpa perlu membayar upah servis membuat jambangan bunga.


“Mak Ayah tak perlu hadiah deco seperti ini. Upah RM 1,000 kau boleh tambah jadikan RM 3,000 bagi pada ibu ayah itu lebih bagus,” komen beliau.


Terdapat juga komen dari @Suewana_ yang mempersoalkan tindakan yang akan diambil pemilik kedai bunga yang mengambil upah servis membuat jambangan bunga raksasa sekiranya wang tersebut rosak dan tidak dapat digunakan semula.


“Persoalannya, kalau tiba-tiba duit yang dijadikan jambangan bunga tidak boleh digunakan, adakah seller akan bertanggungjawab,” – @Suewana_

345 views1 comment

1 Kommentar

Mit 0 von 5 Sternen bewertet.
Noch keine Ratings

Rating hinzufügen
setia skin
setia skin
25. Nov. 2021

👍🏻👍🏻👍🏻

Gefällt mir
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page