top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

CAEM 3.0 Penuhi Kehendak Industri Pasaran Kerja

Oleh: Siti Nurhezzaty Hamdan

Penyunting: Ishaira Syuhada Isran



Sumber: Safwan Aqil Bin Zin Amri



BANGI, 20 Mac – Kelab Ekonomi di bawah Fakulti Ekonomi dan Pengurusan telah mengadakan Program Cabaran Ahli Ekonomi Muda atau CAEM 3.0 buat kali ketiga julung kalinya yang berlangsung di Atrium Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 10 dan 11 Mac yang lalu.


CAEM 3.0 merupakan sebuah pertandingan yang bertemakan “Towards the Empowerment of Society 5.0” bagi melahirkan mahasiswa berilmu pengetahuan, kompeten, berdaya saing dan berinovasi serta mampu bersaing dalam memenuhi kehendak industri di pasaran kerja.


Program yang dilaksanakan selama dua hari ini telah melibatkan pelajar dari pelbagai IPT di Malaysia dan pelajar Pra-Universiti serta beberapa aktiviti lain seperti bicara santai bersama alumni, makan malam, dan jualan vendor.


Nadi Bangi sempat menemu ramah seorang ahli jawatankuasa bernama Safwan Aqil Bin Zin Amri, 22 merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan kepujian dalam bidang Pengkhususan dalam Fiskal dan Monetari, beliau berhasrat agar program ini dapat diteruskan oleh generasi akan datang supaya mahasiswa tidak lupa pentingnya ilmu masa kini.


Katanya, “Mahasiswa yang kompeten dan berjaya yang mampu berdaya saing mampu juga menyahut pelbagai cabaran ekonomi akan datang walaupun dalam pelbagai bidang melalui ilmu-ilmu pengetahuan yang bukan hanya kita belajar di dalam universiti malah pengetahuan am di luar juga”.


Pelajar UKM iaitu Siti Hawa Binti Muhammad Firdaus, 22 merupakan pelajar Fakulti Ekonomi dan Pengurusan dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan telah berjaya mendapat tempat kedua dalam kategori The Battle Of Young Economists (individu).


Menurutnya, “Pengalaman menyertai pertandingan ini paling tidak boleh dilupakan kerana saya hanya diberi dua minit untuk melakukan persediaan selepas mendapat tajuk kemudian perlu bercakap di hadapan khalayak selama lima minit”


Tambahnya lagi, “Perasaan gemuruh dan gementar itu bukan penghalang bagi saya kerana pengalaman yang saya miliki pasti menjadikan diri saya untuk lebih bersedia dan berpengetahuan di masa akan datang dalam menjadikan diri sebagai mahasiswa yang berilmu pengetahuan”.


Program ini bukan sahaja terdiri dari peringkat individu, tetapi terdiri juga secara berkumpulan iaitu The Battle Of Young Economists (TBOYE), pertandingan Kuiz Ekonomi Piala Dekan FEP 3.0 (KPED) dan Economic Digital Poster Challenge (EDPC).

86 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page