top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Cameron Highlands Kembali Sesak Dengan Pelancong

Penulis: Thor Zhi Xin

Penyunting : Shaffiq Fauzan

Sumber: Facebook


CAMERON HIGHLANDS, 27 Nov - Kawasan peranginan Cameron Highlands kembali menjadi tumpuan orang ramai setelah pergerakan rentas negeri dibenarkan berkuat kuasa Isnin lalu.


Tinjauan Nadi Bangi mendapati pada (tarikh) beberapa lokasi tumpuan berlaku penambahan bilangan kenderaan dan kehadiran orang ramai sejak jam 9 pagi sehingga berlaku sedikit kesesakan.


Mereka dilihat berkunjung ke lokasi tumpuan antaranya ladang teh di Ringlet, kebun strawberi di Tanah Rata, tempat makan di Taman Sedia, pasar malam di Brinchang dan pasar Kea Farm yang menjual pelbagai barangan tempatan seperti buah-buahan, sayuran, cenderahati dan makanan ringan.


Pengunjung, Ooi Lee Jing, 34, dari Kuala Lumpur mengambil kesempatan singgah bercuti ke Cameron Highlands selepas berkunjung ke rumah anaknya di Pulau Pinang, Rabu lalu.


Katanya, mereka sekeluarga sudah menjangkakan kesesakan berlaku, namun mereka tidak kisah kerana memang sudah lama mereka menyimpan hasrat untuk bercuti selepas lebih setahun berdepan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


"Sebelum ini kalau ke mana-mana memang akan singgah Cameron Highlands, jadi bila kerajaan dah beri kebenaran, kita rasa seronoklah dapat luangkan masa bersama-sama keluarga.


"Cumanya dalam keadaan orang ramai ni, kenalah jaga-jaga, kekal patuhi semua SOP (Prosedur Operasi Standard) untuk keselamatan diri dan keluarga," katanya yang kali terakhir ke Cameron Highlands dua tahun lalu.


Norhaiza Ab Ghani, 53, dari Wakaf Tapai, Terengganu teruja untuk menghabiskan cuti hujung minggu ini bersama keluarga di pusat peranginan itu.


Menurutnya, mereka tiba menaiki dua kenderaan dan telah menempah homestay untuk bermalam.


"Kalau sesak tu biasalah, nama pun tempat pelancongan, saya dan keluarga memang suka ke sini sebab suasananya sejuk, boleh beli sayur-sayur dan bunga segar dengan harga murah untuk dibawa pulang," katanya.


Menurut salah seorang penjual sayur-sayuran, Mohamed Hashim Saad, 72, berkata, sejak seminggu lalu, jalan-jalan utama sudah sesak dengan kenderaan pelancong dari awal pagi hinggalah lewat malam.


Katanya, ada juga pengunjung terutama dari negeri jauh seperti Johor dan Kedah yang menjadikan surau dan masjid sebagai tempat berehat dan tidur sementara meneruskan perjalanan percutian mereka.


"Walaupun kedai-kedai belum dibuka sepenuhnya, orang luar tetap ramai datang sampaikan jalan ni sesak sampai ke malam" katanya lagi.


"Bagi kami, ini pemandangan biasa yang menunjukkan aktiviti ekonomi dan pelancongan di sini hidup kembali," katanya.


“Selain itu, polis tetap menjalankan pemantauan ketat termasuk sekatan jalan raya mengejut atau 'snap check' di kawasan sempadan negeri bagi memastikan tiada individu tanpa vaksinasi melepasi masuk ke kawasan peranginan itu.” kata salah seorang pengunjung.



7 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page