top of page
  • Writer's pictureWong Yee Tian

Campbell Vintage Festival pencetus kebangkitan Kompleks Campbell

Updated: Nov 15, 2022

Penulis: Wong Yee Tian

Penyunting: Nurul Izzah


Sumber: campbell.complex_ig


KUALA LUMPUR, 4 Nov - Kompleks Campbell dengan kerjasama vendor tersohor telah menganjurkan Campbell Vintage Festival pada 28 hingga 30 Oktober 2022 di Kompleks Campbell, Kuala Lumpur menjadi pencetus kebangkitan Kompleks Campbell yang bakal mengalami zaman selam telah berjaya menjadi daya tarikan generasi muda.


Campbell Vintage Festival adalah satu pameran yang melibatkan pengumpul barangan antik untuk mempamerkan serta menjual barangan antik. Antara barangan antik yang telah dipamerkan ialah Adidas Unknown “Monte Carlo”, Adidas Special (SMU), 1960’s Gazelle Navy/ White di mana ia telah menjadi highlight kepada festival ini.


Ketua Pegawai Operasi Shapadu, Zarimah Mohamed berkata program ini adalah antara salah satu inisiatif yang diambil untuk meningkatkan jenama Kompleks Campbell dan sebagai platform untuk pengumpul barangan antik selain menanamkan kecenderungan anak muda terhadap barangan antik.


“Kami tidak sangka bahawa program Campbell Vintage Festival mendapat sambutan yang hangat dalam kalangan generasi muda. Tidak dapat dinafikan bahawa ia adalah salah satu kejayaan kepada kami kerana ia membawa jiwa serta jenama baharu kepada Kompleks Campbell.


“Kalau hari minggu biasanya, mungkin dalam puratanya antara 20 hingga 50 orang sahaja yang berkunjung ke Kompleks Campbell. Namun, dengan adanya festival ini, ia akan menarik beratus-ratus orang yang berkunjung ke Kompleks Campbell dan di situlah nilai kompleks ini ditunjukkan.


“Sebanyak 60 orang vendor yang tersohor seperti Pro Bundle, Hatu Guni terlibat dalam festival ini dan kebanyakan barangan yang dipamerkan adalah unik dan jarang wujud di pasaran sekarang. Ia telah menjadi highlight dalam festival ini dan berjaya menarik perhatian pengumpul-pengumpul barangan antik di seluruh dunia untuk berkunjung ke Kompleks Campbell.


“Melihatkan Kompleks Campbell sebagai kompleks membeli-belah tertua di Malaysia kini, nilai estetik masih wujud disebabkan ia merupakan ikon zaman 80an hingga 90an dan keunikan haruslah dikekalkan dan dikembang selaras dengan perubahan zaman terutamanya dalam kalangan generasi muda,” katanya.


Walaupun Kompleks Campbell terletak di bawah pengurusan Shapadu, namun hasrat untuk menghidupkan semula kompleks Campbell telah dijadikan hala tuju syarikat dan diharapkan Kompleks Campbell dapat berubah menjadi ikon kesenian pada masa akan datang.


Shapadu adalah sebuah syarikat tempatan yang menjejak akarnya sejak 1972 dan telah terlibat dalam sektor pertubuhan utama, termasuklah Bahagian Minyak & Gas, Bahagian Hartanah dan Bahagian Perkhidmatan.




64 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page