Chin Ee May
CCC-UKM Menganjurkan Kebudayaan Bersama Pelajar Tempatan dan Antarabangsa China
Penulis: Chin Ee May
Penyunting: Chai Matthew

BERANANG, 13 May - Lebih 82 pelajar tempatan dan pelajar antarabangsa dari China telah menyertai kem kebudayaan di Pusat Latihan Kesihatan Masyarakat (PULAKEM).
Program ini telah dianjurkan oleh Perwakilan Mahasiswa Cina (CCC-UKM) dengan kerjasama Persatuan Pelajar Antarabangsa China (CISA-UKM) dan disertai oleh pelajar antarabangsa dari China dan pelajar tempatan dari UKM, UM, UPM, Taylor, dan SEGI University.
Tujuan program tersebut adalah untuk mengukuhkan silaturahim antara pelajar tempatan dan pelajar antarabangsa China dan menggalakkan pertukaran antara budaya serta mendalami kemahiran komunikasi belia.
Berkenaan pematuhan SOP sepanjang kem tersebut, Ketua Program Kem Kebudayaan, Foo Pei Ya berkata, kem ini akan mematuhi SOP dengan tegas untuk mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.
“Semua orang yang menyertai aktiviti ini mesti mengikut standard operating procedure (SOP), pakai mask semasa keluar dan membuat 2 rapid antigen test sebelum dan selepas aktiviti.”
Dalam kem ini, pelajar dapat melawat lokasi-lokasi terkenal di Malaysia termasuklah muzium Cina, Muzium Kebangansaan Malaysia, Central Market dan Pasar Seni.
CCC-UKM juga menyediakan aktiviti-aktiviti yang menarik untuk mengeratkan hubungan antara pelajar tempatan dan pelajar antarabangsa dari China. Para peserta terutamanya pelajar antarabangsa dari China dapat mengenali kesenian tradisional dan budaya kaum Melayu, Cina dan India seperti sepak takraw (Melayu), kolam (India), serta kaligrafi (Cina).

Ketua Program, Foo Pei Ya menyampaikan Cenderamata kepada President of Malaysia-China Friendship Association, Dato Abdul Majid Ahmad Khan.
Sumber: CCC-UKM
“Terdapat pertempuran belon pada hari pertama, lawatan muzium pada hari kedua dan persembahan tarian pada hari ketiga. Kepada saya semuanya amat menarik dan agak mengagumkan,” kata Tan Jing Xuan, 23 tahun, peserta kem kebudayaan.
Tee Zhi Lem, 23 tahun, “Kem ini telah membantu saya untuk lebih memahami pelajar dari negara China. Perbualan dengan pelajar dari China telah membolehkan saya memahami sejarah China dan bagaimana negara China telah menjadi sebuah negara kuat yang telah menarik perhatian dunia sehingga kini. Bukan ini sahaja, kami juga berpeluang untuk memberitahu mereka tentang sejarah Malaysia dan membuat lawatan ke Muzium Negara.”
Majlis ini turut dihadiri oleh Presiden CCC-UKM, Alfred Ngu Choung Chii dan President of Malaysia-China Friendship Association, Dato Abdul Majid Ahmad Khan.