top of page
  • Writer's pictureAsyiqin Rashid

CEE 2022 Buka Peluang Kerjaya Luas Buat Graduan UKM

Penulis: Asyiqin Rashid

Penyunting: Sudais Ferhard

Sumber: @ukmcee


BANGI, 22 Jun - Ekspo Kerjaya dan Keusahawanan 2022 (CEE) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang berlangsung pada 22 hingga 23 Jun 2022 bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) telah menyediakan peluang pekerjaan yang luas kepada pelajar UKM untuk menjalani latihan industri.


Aktiviti yang telah berlangsung selama dua hari itu telah disertai oleh pelbagai syarikat terkemuka yang datangnya dari pelbagai bidang seperti Bank Islam, KWSP, Nestle, serta banyak lagi.


Ketua Pengarah Program CEE (UKM Career Expo 2022), Rabiha Nasha Binti Roslan memberi sedikit penerangan berkenaan program yang dianjurkan kepada Nadi Bangi.


“Program ini diadakan untuk menarik minat syarikat untuk berkolaborasi dengan UKM. Selain itu, program ini juga telah membuka peluang kepada para pelajar untuk meningkatkan kebolehpasaran pelajar bukan sahaja kepada pelajar UKM untuk pekerjaan dan latihan industri, malah kepada orang luar yang sedang mencari kerja,” ujar Ketua Pengarah Program CEE 2022.


“Aktiviti menarik yang diadakan antaranya adalah E-Sport di mana kami berkolaborasi dengan syarikat Todak Academy untuk memberi peluang kepada para pelajar untuk mencuba perkara baharu,” katanya lagi.


Nadi Bangi juga sempat menemuramah salah seorang wakil syarikat Bank Islam, Puan Marina Abdullah, Eksekutif Sumber Manusia Bank Islam.


“Kami di sini salah satunya hendak mencari pelatih pengurusan yang baharu serta mencungkil bakat pelajar-pelajar universiti yang berkebolehan,


“Bank Islam sentiasa aktif di sosial media instagram @gobeyondatbankislam bagi memberi pemakluman kepada semua masyarakat tentang update kekosongan pekerjaan, budaya kerja serta segala aktiviti yang berlaku di Bank Islam,” kata Puan Marina Abdullah dalam sesi temuramah bersama Nadi Bangi.


Ramai pelajar UKM sendiri yang turut hadir dalam program ini bagi tujuan untuk mencari peluang pekerjaan yang bersesuaian dengan mereka.


Jaslina Hashim, 22, Fakulti Sains Teknologi berkata program UKM Karier ini sangat bagus kerana masih lagi ramai pelajar yang kabur dengan masa depan mereka namun dengan adanya program yang dianjurkan ini sedikit sebanyak mampu untuk membuka mata mereka berkenaan pekerjaan dalam bidang masing-masing.


21 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page