• Aina Dhalan

Chalet Buluh Ala Bali Di Tadom Hill Resorts

Penulis : Aina Umairah Muhammad Dhalan

Penyunting : Ahmad Fayyadh Muhamad

Salah satu chalet, Lakeside Bamboo Mini Chalet di Tadom Hills Resort.


Sumber : Nadi Bangi


Cakap sahaja rumah yang berkonsepkan buluh mesti kita sudah bayangkan bagaimana rupa rumah tersebut. Adakah konsep ini seperti rumah di Sarawak atau berada di perkampungan Bali, Indonesia?


Begitulah yang dimanfaatkan seorang arkitek merangkap pemilik Tadom Hills Resort Datuk Lai Yeng Fock, apabila beliau memiliki keberanian untuk menyewa tanah orang asli di Bukit Tadom, Banting yang terletak kira-kira 12 minit daripada KLIA dan 45 minit daripada Kuala Lumpur.


Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Lai pada awalnya hanya ingin membangunkan tasik yang terbiar disitu sahaja.


Bagaimanapun Lai akhirnya mengubah lokasi tersebut sebagai suatu tarikan pelancongan apabila menjadikan kawasan seluas 40 ekar itu sebagai tempat pelancongan yang berkonsepkan eko pelancongan.


Menurut pemilik dan pengusaha Tadom Hills Resort itu, pengalamannya dalam bidang seni bina telah membuatkan beliau tidak mahu melepaskan peluang keemasan untuk mengusahakan sebuah resort yang berkonsepkan buluh sahaja.


Justeru itu, walaupun idea datang dari pemilik Tadom Hills resort ini sendiri, beliau juga mengambil cakna tentang untuk menggunakan sumber bahan yang bukan konvensional dalam pembinaan chalet.


Jelas beliau, cetusan idea ini juga diinspirasikan daripada masyarakat Bali yang mendirikan rumah berasaskan buluh.


Kewujudan dua konsep yang berbeza dapat digabungkan dalam satu tempat untuk melakukan aktiviti team building dan aktiviti riadah bersama ahli keluarga serta sahabat disini.


Pembinaan infrastruktur resort ini mula dibina pada awal tahun 2014 dan mula beroperasi sepenuhnya pada akhir tahun 2015. Menurutnya, sebanyak RM 1 juta telah dibelanjakan untuk membeli bahan utama sahaja iaitu buluh asli daripada Semenyih, Selangor dan Jelebu, Negeri Sembilan.


Seawal jam 9 pagi pengunjung boleh datang ke sini dan beriadah sepuas hati sehingga jam 6:45 petang atau menginap disini untuk beberapa hari bagi menikmati pengalaman desa ala Bali yang menenangkan.


PENGALAMAN PENGINAPAN YANG BERBEZA


Suasana yang tenang dan jauh daripada kesibukan bandar sudah tentu menjadi pilihan buat pelancong yang datang ke sini untuk menenangkan fikiran dan menikmati keindahan alam.


Menurut Lai, terdapat tujuh jenis chalet yang ditawarkan kepada orang ramai yang berminat untuk menginap disini.Tujuh jenis chalet yang berbeza telah ditawarkan kepada pengunjung yang datang ke sini dimana setiap satu nya mempunyai keunikan dan keistimewaan yang tersendiri.


Pengunjung boleh membuat pilihan untuk menginap di Gedui Chalet, Semantan Chalet, Bamboo Madu Chalet, Lakeside Bamboo Mini Chalet, Hammock Sphere, Bamboo Hut dan Hakka Village.


Harga setiap bilik yang ditawarkan kepada pengunjung pula adalah serendah RM 180 hingga RM 630 bagi bilik yang bersaiz besar dan lebih selesa.


Menurutnya lagi, bagi mereka yang inginkan percutian ala ‘glamping’ boleh memilih Lake Side Bamboo Mini Chalet atau Hammock Sphere.


Bagi pelancong solo mereka akan memilih untuk menginap di Hammock Sphere kerana harganya yang lebih murah berbanding chalet yang lain.


CABARAN YANG DIHADAPI


Bercerita mengenai cabaran yang dihadapi untuk mengusahakan resort tersebut, Lai berkata, beliau terpaksa bergantung kepada kepakaran pekerja-pekerja asing untuk membina bangunan yang berasaskan buluh.


Di Malaysia, belum ada lagi pekerja-pekerja yang mahir dalam bidang seni buluh dan jumlahnya agak terhad. Beliau terpaksa mengimport pekerja mahir daripada Indonesia kerana mereka mempunyai kemahiran dalam bidang tersebut.


Menurut beliau juga pekerja daripada Bandung, Indonesia iaitu seramai 4 orang hingga 5 orang telah dipilih kerana cara pembinaan dan kemahiran yang mereka miliki sesuai dengan citarasa yang beliau inginkan.


TULOU DARIPADA BULUH


Bagi mereka yang pernah menonton filem Mulan pasti mengetahui apa itu Tulou. Untuk pengetahuan pembaca, di negara China terdapat satu puak yang bernama Hakka dan mereka akan tinggal di dalam bangunan tersebut.


Tambah Lai, sebanyak 6000 batang buluh telah digunakan untuk menghasilkan sebuah penginapan yang luar biasa seperti berada di negara China.



Hakka Village yang diperbuat daripada buluh.

Sumber : Tadom Hills Resorts


Keunikan Tulou di Tadom Hills ini adalah kerana bangunan Tulou diperbuat daripada seratus peratus buluh asli.


“Jika kamu perasan di dalam Malaysia dan di dalam dunia hanya ada satu sahaja Tulou yang diperbuat daripada buluh iaitu di sini,” katanya sambil tersenyum.


Ujarnya lagi, Tulou yang sebenar juga sudah dikenali sebagai Tapak Warisan Dunia di China pada tahun 2008.


KURSUS BULUH DI TADOM HILLS


Pada awal pembukaan resort ini ia hanya difokuskan kepada individu yang minat dengan alam semula jadi dan sukan lasak sahaja. Namun, di dalam sesuatu perniagaan perlu ada variasi bagi memastikan perniagaan itu bertahan lama.


Kewujudan kursus buluh yang dibangunkan oleh Lai dapat memberi pengetahuan serta mengasah kemahiran kepada mereka yang minat dengan industri buluh. Terdapat lebih kurang tiga puluh jenis buluh yang berbeza telah ditanam di sekitar Tadom Hills Resort.


Ujarnya lagi, kursus buluh ini akan meliputi cara membuat bangunan berasaskan buluh, perabot dan kraf tangan. Para pengunjung yang menyertai kursus buluh ini juga akan diperkenalkan dengan setiap jenis buluh dan kegunaanya.


Antara salah satu usaha yang sedang dibangunkan oleh beliau dalam kursus buluh di sini adalah pengunaan arang buluh atau biochar. Hal ini kerana apabila terdapat lebihan serpihan buluh yang telah digunakan untuk pembinaan chalet.


Keindahan dan keunikan yang terdapat di Tadom Hills Resort pasti akan meninggalkan kenangan yang manis buat pengunjung yang datang ke sini sama ada secara solo atau berkumpulan.



44 views0 comments

Related Posts

See All