Chai Matthew
CHILL, BRO 2.0 Bakal Bentangkan Isu ChemSex dan Dadah Minggu Depan
Penulis: Chai Matthew
Penyunting: Chin Ee May

Sumber: LEV8
KUALA LUMPUR, 31 Mei - Sebuah webinar CHILL, BRO 2.0 bakal berlangsung pada Isnin depan untuk membincangkan isu penagihan dadah, pemulihan, dan ChemSex dalam kalangan lelaki di Malaysia.
CHILL, BRO 2.0 merupakan sebuah webinar anjuran LEV8 yang bertujuan untuk berkongsi maklumat bagi meningkatkan kesedaran terhadap isu sosial ChemSex iaitu perbuatan seks dengan dadah, mengutarakan kesan buruk penggunaan meth jangka panjang, dan membincangkan punca dan isu-isu kesihatan mental serta amalan seks selamat.
Pengasas LEV8, Benjamin Thain berkata, “Saya sentiasa percaya bahawa pendidikan merupakan jalan keluar daripada kejahilan, dan kita harus tidak lagi leka terhadap isu penyalahgunaan dadah, ketagihan, dan potensinya dalam peningkatan penyebaran jangkitan HIV dan STI di Malaysia.”
LEV8, disebut “Alleviate”, merupakan sebuah gerakan untuk membantu dan bertindak sebagai sebuah pusat sumber dan sistem sokongan berkaitan isu HIV dan kesihatan seks di Kuala Lumpur. LEV8 direka untuk menjadi sebuah ruang yang selamat untuk pendidikan dan kesedaran yang juga disasarkan kepada populasi spesifik di komuniti yang konservatif.
Sebagai pengubah dalam perkhidmatan awam dan projek aktivisme di Malaysia, LEV8 menyediakan program yang ditujukan kepada kesedaran pencegahan HIV, sokongan HIV, ChemSex, pemulihan ketagihan, dan pemerkasaan kesihatan remaja.
Sejak penubuhannya, LEV8 telah menyokong 22 kes ketagihan ChemSex lebih 24 bulan dengan 85% kadar pemulihan, berkolaborasi dengan sekumpulan pelajar daripada Universiti UCSI dalam sebuah projek pemerkasaan kesihatan remaja bernama “Youth Empowered”, dan baru-baru ini mendapat pengiktirafan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai organisasi bukan kerajaan yang menyertai projek SDG 3 (Sustainable Development Goal 3) di Malaysia.
LEV8 diasaskan pada tahun 2020 oleh Benjamin Thain sebagai sebuah visi lanjutan daripada projek kesedaran HIV sebelumnya, Take Charge Today. Beliau juga disenaraikan sebagai calon sebagai Wira Komuniti dalam APCOM Hero Awards 2020 untuk sumbangan beliau dalam kerja sokongan HIV dan kesamaan.
“Pertolongan sudah disediakan di luar, dan anda hanya perlu keluar mencapainya sama ada berkaitan kesihatan mental anda, kesihatan seksual, ketagihan, dan sebagainya; dan anda tidak berseorangan.”
Webinar CHILL, BRO 2.0 akan diadakan mulai jam 10.30 pagi selama satu jam setengah pada 6 Jun 2022. Peserta yang berminat boleh membeli tiket di https://fb.me/e/1yyzKtcCB.