Oleh : Sarah Marini
Penyunting : Ain Arifah
Sumber : Google
BANGI, 15 Dis — Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin atau lebih dikenali sebagai Cik B, anak perempuan pengasas produk kosmetik terkenal, telah dikecam hebat oleh pengguna media sosial kerana telah persembahan nyanyiannya di program realiti televisyen, Vokal Mania pada 12 Disember yang lalu.
Nyanyian Cik B telah dikritik ramai lebih-lebih lagi oleh para netizen di laman Twitter. Gadis yang baru sahaja berusia 15 tahun itu telah melancarkan single terbaharunya yang bertajuk Tolonglah. Penampilannya di pentas langsung Vokal Mania itu tidak mendapat sokongan atau galakan yang baik malah telah diterima kecaman dan ramai yang tidak senang akan persembahannya malam itu.
Ada juga yang mengatakan bahawa Cik B hanya berpeluang untuk melancarkan single dengan adanya duit ibunya, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau nama popularnya Datuk Seri Vida (DSV). Hal ini telah memberi kesan dan menimbulkan kemarahan kepada Cik B.
“Netizen cakap “kaya bolehla” lol! Cik B buat semua tu nak cari duit jugak lah bro!! Orang bayar Cik B nyanyi, berlakon etc alhamdulillah! Ingat senang ke?,” kata Cik B.
Rata-rata pendapat yang dikeluarkan oleh netizen mengenai persembahan Cik B agak negatif dan mengatakan bahawa Cik B diibaratkan membaca mantera diatas pentas. Ada juga yang memberi kritikan secara baik dengan harapan agar Cik B dapat membaiki lagi persembahannya pada masa hadapan.
Nadi Bangi sempat membuat tinjauan di laman Twitter mengenai persembahan nyanyian Cik B.
“Jangan la duk support je, kritik pun kena. Nanti bersepah artis yang tak berkualiti. Pastu nanti question kenapa artis sekarang tak macam Dayang, Misha, Siti dan lain-lain,” kata pemilik akaun @AzlilAdzif.
“Good try Cik B..nervous tu..suara dah unik. Saya cadangkan Cik B masuk kelas vokal dan rap. Belajar cara nak lontarkan suara Cik B. Kalau dah masuk kelas, pertingkatkan usaha. Nervous tu takpe..lama-lama mesti boleh control. Part rap tu buktikan Cik B boleh rap live. All the best for your future,” komen dipetik daripada pemegang akaun @MNaremiAzwan.
Namun begitu, Cik B telah menjelaskan sebab nyanyiannya yang tidak begitu memberangsangkan, iaitu kerana perasaan gementar yang dirasai memandangankan malam tersebut merupakan kali pertama dia membuat persembahan diatas pentas secara langsung.
Comments