Nadi Bangi
‘Couple’ Punca Mahasiswa Hadapi Masalah Kewangan
Oleh: Nur Sahira Omar
Penyunting: Siti NurhaziraBinti Abu Bakar

Masalah kewangan dalam kalangan mahasiswa makin membimbangkan
Rata-rata masyarakat mengeluh akibat peningkatan kos sara hidup tidak kira di bandar mahupun luar bandar. Hal ini juga tidak turut terkecuali mahasiswa yang belajar di Kolej dan Universiti dimana mereka juga turut merasai bahang dan kesan kenaikan kos sara hidup dalam kawasan kampus.
‘Couple’ punca mahasiswa alami masalah kewangan?
Pada masa ini mungkin ramai yang berpendapat bahawa mereka sudah perlu mencari jodoh atau pasangan pada peringkat pengajian Universiti. Tapi tahukah anda jika anda mempunyai pasangan pada waktu ini akan memberi impak tidak baik kepada diri anda sendiri. Bagi yang tidak mempunyai pendapatan sampingan mereka akan menggunakan wang bantuan pelajaran apabila keluar ‘Dating’ bersama pasangan. Bagi yang lelaki terfikirkah anda bahawa anda akan menghabiskan banyak duit untuk membayar makan, menonton wayang dan sebagainya. Hal ini kerana ianya sangat pasti dan menjadi satu kelazimannya bagi setiap pasangan yang keluar dating.
Oleh itu, mereka seharusnya bijak mengambil inisiatif lain untuk menambahkan pendapatan dan bukan hanya mengharapkan wang bantuan pelajaran ataupun dari ibu bapa. Mereka seharusnya bijak dalam menguruskan wang kerana untuk demi kebaikan diri sendiri. Jika ingin selalu keluar dating maka carilah pendapatan lain untuk menampung keperluan yang lain tetapi jika tidak mampu mencari pendapatan lain maka renung-renungkanlah dan kurangkan menghabiskan wang semata-mata untuk keluar dating. Hal ini akan menjadi lebih teruk jika mempunyai pasangan yang kuat mengikis dan selalu meminta untuk dibelikan sesuatu seperti hadiah dan sebagainya. Hal ini adalah tidak wajar berlaku kerana kita boleh memikirkan baik buruknya dan walaupun golongan mahasiswa sememangnya mempunyai kekangan dari segi kewangan, namun sekiranya mereka berupaya untuk mengurus kewangan dengan baik, maka mereka boleh terhindar daripada terjebak dengan masalah kewangan dan tekanan yang melampau.
Jelas sekali bahawa masih banyak dalam kalangan pelajar tidak mampu menguruskan kewangan dengan baik. Maka tidak menghairankan apabila terdapat segelintir pelajar yang membelanjakan wang yang ada bukan untuk keperluan akdemik, tetapi untuk hiburan seperti melancong bersama-sama rakan (Noor’ Alim, 2005).

Antara cara lain untuk mahasiswa mamanfaatkan wang sebaiknya dan membantu mengurangkan masalah kewangan mereka adalah seperti:
Gunakan pengangkutan yang disediakan
Banyak universiti yang menyediakan perkhidmatan bas untuk pelajar-pelajar ke kelas. Gunakan perkhidmatan ini sepenuhnya kerana ini amat membantu pelajar untuk berjimat. Tetapi kekurangannya adalah anda mungkin perlu keluar awal untuk menunggu bas dan perlu bersesak-sesak di dalam bas.
Berjinak dalam perniagaan
Membuat perniagaan sendiri ataupun menjadi ‘Dropship’. Ini sedikit sebanyak dapat membantu mencari wang dan menambah pendapatan sampingan.
Telefon pintar
Kebanyakkan pelajar menggunakan wang bantuan belajar untuk membeli telefon pintar yang mahal dan akhirnya mereka terpaksa mengikat perut. Belilah telefon ataupun pakaian mengikut kemampuan sahaja. Tidak perlu bermegah dengan barang yang mahal yang akhirnya menyusahkan diri sendiri.
Cuci pakaian sendiri
Elakkan dari mencuci pakaian di dobi ataupun menggunakan perkhidmatan mencuci pakaian. Gunakan masa terluang seperti hari hujung minggu untuk mencuci pakaian.
Jangan merokok ataupun vape
Merokok sentiasa memberikan impak yang negatif sama ada dari segi kewangan mahupun kesihatan. Sebagai seorang pelajar, baik anda simpan semua duit yang anda terfikir untuk gunakan untuk membeli rokok itu.
Pihak kerajaan berusaha untuk membantu pelajar
Antara inisiatif pihak kerajaan untuk membantu mahasiswa ialah pihak kerajaan berperuntukan sebanyak RM120 juta untuk membantu 1.2 juta pelajar yang layak menerima Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) 2019 sebanyak RM100 disalurkan melalui Kad Diskaun Siswa Bank Rakyat. Kerajaan akan menyediakan makanan percuma kepada mahasiswa universiti awam jika mempunyai peruntukan cukup, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Cadangan itu dikemukan selepas pendedahan sebilangan mahasiswa universiti awam yang terpaksa mengikat perut kerana kekurangan belanja. “Berkenaan mahasiswa ikat perut, kita (kerajaan) akan cuba kalau kita ada duit banyak, kita boleh bagi full meal (bantuan makanan sepenuhnya) kepada semua orang. Ini jelas menunjukkan bahawa pihak kerajaan juga prihatin akan masalah ini. Namun, kewangan negara juga turut menjadi aspek yang perlu diambil kira untuk merealisasikan cadangan ini.