top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

COVID-19: JAGUH SIBER JADI PERHATIAN

Wartawan:ASHIKIN YUSRI

Editor: ARISHA MAHAZIR

Sumber: Google


Penularan wabak covid-19 kini membahayakan dan semakin mengancam nyawa manusia.Hanya disebabkan sekecil zarah virus, ramai manusia tewas sehingga bilangan penduduk di dunia semakin berkurangan.Buktinya,sehingga kini angka korban seluruh dunia telah menghampiri 11,500 orang.Bagaikan mimpi ngeri,semua rakyat tidak pernah terbayang situasi sebegini bakal berlaku suatu hari nanti.


Negara kita juga tidak terkecuali apabila bilangan kes positif dan kematian terus meningkat dari semasa ke semasa serta membimbangkan ramai pihak.Keseriusan mengenai penularan wabak ini menyebabkan Malaysia mengambil langkah drastik dengan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari bermula 18 hingga 31 Mac ini.Perintah kawalan ini dilaksanakan bagi mengurangkan penyebaran wabak covid-19.Sepanjang perintah kawalan ini dilaksanakan, seramai 16 kes kematian di Malaysia telah dilaporkan.


Akibat sikap bosan segelintir masyarakat kerana perintah kawalan pergerakan yang dikenakan, maka lahirlah berita-berita palsu bagi meningkatkan kebimbangan masyarakat sekeliling. Ini ditambah lagi ketakutan melalui pemikiran tidak rasional bahawa orang di sekeliling semuanya pembawa virus COVID-19.Kebimbangan ini akan menjadikan rakyat mudah menerima apa saja suapan yang dipaparkan di media sosial tanpa menyelidik dan memeriksa fakta yang dikeluarkan.Semakin meningkatnya jumlah pesakit covid-19,semakin menjadi-jadi penularan berita palsu.


Di saat ramai petugas kesihatan bertungkus lumus mencegah penularan wabak covid-19 ini, individu-individu tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu dengan menggunakan permainan psikologi, dan ia ternyata membawa kepada tindakan yang merosakkan semua rakyat Malaysia. Contohnya, apabila tersebarnya berita mengenai pembelian panik.Hal ini menyebabkan rakyat mempercayai berita tersebut dan bergegas membeli barang keperluan bagai tiada hari esok.Buktinya,banyak barang-barang keperluan habis sehingga menyusahkan ramai pihak.Dalam tidak sedar, pembelian panik ini salah satu cara tersebarnya wabak covid-19.


Tidak cukup dengan penularan pengumuman pembelian panik, muncul satu lagi fitnah terhadap jemaah tabligh yang menyertai ijtimak tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling, Kuala Lumpur pada 28 Februari hingga 1 Mac lalu.Tular di media sosial,satu gambar yang memaparkan jemaah tabligh yang dikuarantinkan berjalan-jalan dari katil ke katil untuk memberi ceramah.Ramai orang memberi maklumbalas dengan mengutuk jemaah tabligh kerana menyusahkan dan tidak mendengar kata serta menyatakan punca covid-19 daripada jemaah tabligh itu sendiri.Namun pada hakikatnya,berita tersebut tidak benar.Salah seorang pesakit yang telah dirawat akibat covid-19 berkata pesakit yang dikuarantinkan tidak boleh berjalan dan hanya duduk di bilik masing-masing,tidak dibenarkan untuk merayau-rayau.


Jadi persoalan disini,adakah rakyat Malaysia tidak sedar wabak covid-19 ini salah satu teguran daripada tuhan? Mengapa masih ramai tidak faham dan terus menerus menjadi “keyboard warrior” yang menyebarkan berita palsu dan fitnah.Sedarlah bahawa kita sebagai manusia perlu melakukan perubahan kearah yang lebih baik bukan hanya menambahkan lagi keadaan menjadi buruk.Siapa lagi yang mampu mengubah budaya ini jikalau bukan dari diri kita sendiri?


Oleh itu,masih tidak terlambat untuk menyedari dan menyesal kesilapan yang dibuat dan sama-samalah melakukan perubahan bagi kesejahteraan semua.


135 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page