Nadi Bangi
“CULTURE SHOCK” DAPAT DIELAKKAN
Wartawan:Ashikin Yusri
Editor: Arisha Mahazir

Sumber: Media Permata
Pada 27 dan 28 Februari 2020,Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu, Universiti Kebangsaan Malaysia telah menganjur Program Perkongsian Pintar yang melibatkan 100 orang pelajar dan guru-guru tingkatan enam SMK Tengku Intan Zaharah,Dungun.
Program Perkongsian Pintar ini atau dikenali sebagai PEAR merupakan perkongsian akademik dan kurikulum hasil kolaborasi bersama Kesatuan Mahasiswa UKM.Program ini merupakan lawatan ke UKM,sebagai persediaan mereka untuk masuk ke Universiti dan melihat budaya mahasiswa dan mahasiswi disini. Pelbagai program telah dirancang bagi memenuhi matlamat program itu sendiri.
Menurut (Sarjanana Muda ELS) Mohd Aiman Bin Harun, Yang Dipertua Persatuan Permata, program ini adalah satu keperluan kepada pelajar tingkatan enam di Terengganu yang tercicir untuk sambung pelajaran. Jadi disini,mereka akan dapat melihat sendiri realiti kehidupan di Universiti,konsep universiti itu sendiri agar mereka tidak tersasar dari niat untuk belajar dan tidak mengalami “culture shock” seperti yang digambarkan oleh orang luar.
Salah seorang peserta berkata “program ini sangat menarik kerana dapat melihat keadaan kakak dan abang di universiti dimana persekitarannya amat berbeza berbanding di sekolah.Dari situ, muncul semangat dalam diri untuk belajar bersungguh-sungguh agar dapat menempatkan diri di Universiti yang hebat seperti Universiti Kebangsaan Malaysia”.
Antara perkongsian dalam program Pear ini, pelajar tingkatan enam SMKTIZ diberi taklimat oleh Majlis Perwakilan Pelajar UKM sebagai salah satu persediaan untuk menempatkan diri ke universiti Awam,melawat fakulti Ekonomi dan Pengurusan serta fakulti Sains Sosial dan Kemanusian.Guru-guru dan peserta memberikan maklumbalas yang memberangsangkan dan diharapkan program ini berterusan pada masa akan datang.