• Nadi Bangi

Cyberpunk 2077 Bakal Dilancarkan 10 Disember Ini?

Oleh : Nabilah Abdul Rahman

Penyunting : Anis Shafeera

Sumber : Twitter Cyberpunk 2077


BANGI, 1 Dis : Sebuah syarikat permainan video dari Poland, CD Projekt RED telah menerbitkan Cyberpunk 2077 yang diumumkan pada Mei tahun 2012 akan dikeluarkan pada 10 Disember tahun ini melalui akaun Twitter rasmi Cyberpunk 2077 setelah beberapa kali ditangguhkan.


Cyberpunk 2077 telah ditangguhkan sebanyak 3 kali sejak tarikh pengumuman rasmi iaitu pada April tahun ini. Tarikh pertama yang ditetapkan adalah pada 16 April 2020 tetapi ditangguhkan ke September, kemudian November dan tarikh terbaru adalah pada 10 Disember ini.


CD Projekt RED memberitahu mereka mempunyai sebab-sebab tertentu mengapa Cyberpunk 2077 mengalami banyak penangguhan, antaranya bagi memastikan setiap versi yang dikeluarkan dapat dimainkan dengan lancar tanpa sebarang masalah seperti bug, grafik yang menarik selain programmer yang bekerja daripada rumah.


Menurut CD Projekt RED yang berpusat di Warsaw, Poland, Cyberpunk 2077 dapat dimainkan dalam 9 versi iaitu Xbox On/X, Xbox Series S|X, PS4/Pro, PS5, PC dan Stadia. Oleh itu, programmer Cyberpunk iaitu Mateusz Popławsk perlu memastikan Cyberpunk 2077 mampu menghasilkan kualiti yang baik di setiap versi yang dimainkan.


Cyberpunk 2077 mula menjadi bualan hangat dalam kalangan gamers di seluruh dunia semenjak tarikh pengumuman danteaser yang dilancarkan pada tahun 2012 berkenaan permainan video yang telah dikeluarkan sebelum ini iaitu The Witcher. The Witcher kini telah memasuki siri yang ketiga iaitu The Witcher 3 : Wild Hunt yang telah mendapat banyak sambutan selain daripada grafik yang menarik ditunjukkan pada teaser tahun 2012. Cyberpunk 2077 mempunyai dua bahasa yang digunakan dalam permainan video tersebut iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Poland.


Permainan video Cyberpunk 2077 adalah mengenai seorang tentera upahan yang terlarang dari segi undang-undang iaitu outlaw yang mahukan keabadian. Dalam permainan video ini, pemain boleh memlilih pelbagai gaya permainan dan watak, senjata, bentuk badan dan mampu menjelajah kota yang luas dimana pemain boleh membentuk cerita sendiri dan pengakhiran setiap pemain adalah berbeza berdasarkan watak yang dipilih.


Nadi Bangi menemu ramah salah seorang peminat permainan video iaitu Wan Hamiz, 22 “Saya tidak sabar nak beli Cyberpunk ni walaupun banyak kali kena tangguh sebab tengok teaser dia best sangat”.


Menurut Afiq Aiman, 22 “Based on video teaser dia best, macam gta modern tapi tu based on teaser lah, kena try dulu”. Selain itu, Muhammad Aniq, 22 “Bagi saya game ni perfection sebab tu orang hyped sangat”


Cyberpunk 2077 dijual pada harga RM259 bagi versi PS4 dan Xbox One, manakala bagi PC (windows) iaitu RM219.

101 views0 comments

Related Posts

See All