top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Dakwaan Tentera Sulu Bakal Melakukan Pencerobohan Di Sabah Tidak Benar

Penulis: Muhammad Fareez Budiman Naim

Penyunting: Ridho Permana Prasetyo Aldi

Sumber: Airtimes.my


BANGI, 12 Dis - Tular sebuah berita tidak benar di media sosial apabila sebuah portal berita luar, South China Morning Post (SCMP) baru-baru ini telah menulis sebuah berita yang mengatakan bahawa Tentera Diraja Sulu (RSA) ingin menceroboh dan mengambil Sabah dari Malaysia.


Berdasarkan laporan yang telah dibuat oleh pihak SCMP, mereka dapati bahawa sebuah pertemuan sulit telah dilakukan antara 19 orang datuk bandar pada 1 Disember lalu dimana mereka telah berbincang untuk merekrut seramai 600 orang anggota untuk menceroboh kepulauan borneo dan mengintip kawasan pesisiran pantai, namun masih tidak yang menyusup masuk lagi.


Menurut sumber yang telah diperolehi, pihak Sulu berkata bulan Februari 2022 merupakan bulan yang sesuai untuk melakukan pencerobohan kerana sempena memperingati serangan di Sabah 8 tahun lalu yang juga dilakukan pada bulan Februari.


“Setiap Datuk Bandar dijangka menyediakan 50 orang yang mahir dan berani dalam pertempuran. Kos peluru dan logistik lain perlu ditanggung oleh pegawai tinggi yang turut berjanji menyumbang 500,000 peso (AS$10,000) untuk membina 100 bot laju yang akan digunakan untuk menyerang Sabah,” menurut sumber itu.


Walau bagaimanapun, Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata, beliau tidak dapat mengulas lanjut kerana dakwaan itu belum terbukti kesahihannya.⠀


“Saya ada terbaca tadi perkara terbabit (laporan mengenai 600 anggota tentera sulu bersedia untuk menawan Sabah) apapun berita ini tidak dapat disahihkan lagi, jadi saya tak dapat beri ulasan lanjut.” kata beliau.⠀

“Bagaimanapun, saya percaya di pihak kerajaan sudah tentu apa sahaja maklumat berita, termasuk isu dibangkitkan Padang Serai (M Karupaiya) akan dipandang serius,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat sesi petang pada Khamis, 9 Disember 2021.


Berdasarkan kenyataan media yang telah dikeluarkan oleh Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), bertarikh 9 Disember 2021, pihak PDRM mengambil maklum berkenaan laporan media bahawa terdapat rancangan pihak dari filipina yang ingin menceroboh Sabah.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah berkata bahawa PDRM memandang serius perkara ini dimana tindakan segera untuk meningkatkan kesiapsiagaan di Sabah akan diambil supaya lebih bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan ancaman pencerobohan supaya sebarang insiden pencerobohan dapat dielakkan daripada berulang semula.


“PDRM memberi jaminan bahawa tahap keselamatan di Sabah adalah terkawal dan elemen-elemen PDRM sentiasa dalam keadaan siap siaga pada setiap masa untuk menangani sebarang ancaman. Usaha juga akan digiatkan bagi mengesan dan mengenalpasti anasir-anasir di Sabah yang berkemungkinan terlibat dalam komplot berkenaan. Sebarang usaha untuk menggugat kedaulatan negara oleh mana-mana pihak akan diambil tindakan tegas.” Tambahnya lagi di dalam kenyataan media PDRM.


Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, CP Dato' Hazani Ghazali, berkata memang benar berlakunya pertemuan disana, namun bukan berkaitan atas tujuan menyerang sabah tetap lebih kepada hal keselamatan dan lawless elements serta untuk menjemput pelabur masuk ke kawasan mereka.


“Memang ada perjumpaan di sana tetapi bukan berkaitan untuk claim atau serang sabah dan sebagainya tetapi lebih kepada pertahankan keselamatan daripada elemen pengganas, lawless element, dan menjemput investors untuk masuk ke kawasan dia orang.” katanya.

251 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page