top of page
  • Writer's pictureUmi Hanisah Jeshri

Dari Kiosk Kecil, Kini Miliki Sebuah Kafe

Updated: Jan 23, 2023

Penulis: Umi Hanisah Jeshri

Penyunting : Nurul Yasmin Yuhanis Ahmad Yunus


Sumber Foto: Instagram @Mentegaterbang.my


BANGI, 15 Jan - ‘Mentega Terbang’ yang hanya bermula beroperasi dari kiosk kecil di hadapan rumah telah berjaya meraih sambutan daripada orang ramai sehingga mampu membuka sebuah kafe menjual croffle di Southville City, Bangi.


Kafe yang baru sahaja dibuka itu bertemakan warna kuning oren yang menunjukkan signifikannya dengan mentega tambahan pula, jenama “Mentega terbang” pula tercipta daripada bentuk croffle yang seakan-akan sayap rama-rama dan perkataan ‘Butterfly’ iaitu ‘Butter’ ialah mentega dan ‘Fly’ ialah terbang.


Bentuk Croffle yang seakan-akan sayap rama-rama. Sumber Foto: Mentega Terbang


“Buat masa ini kami hanya fokus kepada satu produk sahaja dahulu bagi mengekalkan rasa yang sebenar ceoffle.

"Selain itu, sebuah kelainan yang kami bawakan dalam perniagaan ini ialah, rasa sebenar croffle yang dihasilkan sendiri dengan menggunakan 100% mentega asli dan hasilnya lebih berlemak dan rangup dengan hasil resipi ini ia dapat membezakan rasa croffle kami berbanding croffle yang dijual di tempat lain,” kata Nur Amanina Tajuddin, 29, merupakan pengusaha bagi “Mentega Terbang”.

Nadi Bangi sempat menemu bual seorang pelanggan yang berada di kafe Mentega Terbang ini, Huda Ahmad, 36, berkata saya sangat suka dengan croffle mereka kerana ia kelihatan sangat unik dan membuatkan orang ramai tertanya-tanya apakah di sebalik nama “Mentega Terbang” ini.


“Dari segi rasa pula ia merupakan croffle yang paling sedap saya pernah makan mungkin kerana ia dihasilkan dengan resipi mereka tersendiri.


"Tekstur yang rangup di luar tetapi lembut apabila digigit tambah pula dihidangkan dengan beberapa jenis topping dan hiasan yang menarik," katanya.


Croffle di Mentega Terbang ini mempunyai rasa yang tersendiri berbanding dengan croffle yang saya pernah rasa sebelum ini lebih kepada tekstur keras dan kurang rasa lemaknya, malah harga yang dijual agak mahal berbanding harga yang dipasarkan oleh Mentega Terbang,” kata Aina Dhalan, 23, salah seorang pelanggan Mentega Terbang.


Nur Amanina juga bercadang untuk memperluaskan perniagaan ini dengan membuka tiga lagi cawangan di negeri lain dan berharap ‘Mentega Terbang’ sudah mampu bergerak sendiri dan mampu bersaing dengan jenama-jenama besar pada masa itu.


Menurut Huda Ahmad pelanggan Mentega Terbang, beliau juga menyatakan harapannya beliau untuk perniagaan ini.


“Saya sebagai peminat Mentega Terbang berharap perniagaan ini dapat dibesarkan lagi dengan membuka lebih banyak cawangan di tempat lain terutamanya di kawasan yang menjadi tumpuan pelajar,” katanya.



95 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page