top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Demokrasi Barat Punca Kekejaman Terhadap Palestin Terus Berlaku

Penulis: Mohamad Noor Amirul Mokhtar

Penyunting: Nur Farzana Amira Mohd Zaki


Sumber: Instagram Dr. Halimah Abdul Halim


KUALA LUMPUR, 7 Jan - Demokrasi yang berpaksikan negara-negara barat menjadi punca utama kekejaman dan sikap durjana tentera Israel kepada penduduk Gaza masih berlaku sehingga ke hari ini.


Negara demokrasi merujuk kepada sebuah kerajaan yang mengamalkan bentuk pemerintahan dengan kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan yang dipilih dan diundi oleh rakyat.


Penganjur perhimpunan Call For Action, Dr Habibah Abdul Halim, berkata, penguasaan kuasa Barat terutama negara Amerika Syarikat yang jelas memberi sokongan sepenuhnya terhadap rejim Zionis Israel menyebabkan sebarang usaha yang aman dan adil untuk rakyat Palestin sukar diselesaikan.


"Sebab unfortunately dalam dunia kita pada hari ini there is no justice walaupun banyak negara yang demokrasi.


"Kebanyakan dalam negara di dunia adalah demokrasi tapi demokrasi kita adalah berdasarkan demokrasi barat dan ini adalah satu demokrasi yang hipokrit di mana kita boleh nampak dalam perbincangan dan proses undian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) walaupun majoriti dari negara-negara lain mengundi untuk memberhentikan peperangan di Gaza kita boleh dapati ada kuasa-kuasa veto yang boleh menidakkan undian tersebut," katanya kepada Nadi Bangi.


Beliau yang merupakan seorang pakar kanser darah turut berpendapat tekanan dan desakan harus kerap diberikan kepada kuasa-kuasa besar tersebut agar gencatan senjata dilaksanakan serta-merta.


"Tujuan perhimpunan kami ini sebenarnya mahu memberi tekanan kepada negara Amerika Syarikat khususnya untuk menunjukkan rakyat Malaysia membantah tindakan mereka yang terus-menerus jelas memberi sokongan.


“Bukan sahaja menyokong secara terang-terangan malahan memberi sumber kewangan kepada tentera Israel yang terus menerus menyakiti penduduk di Gaza dan kami ingin memberi tekanan itu kalau boleh setiap hari," ujarnya.


Perhimpunan Call For Action yang dijalankan setiap minggu ini adalah usaha kerjasama beliau bersama dengan adiknya seorang pakar kanak-kanak, Dr Halimah Abdul Halim yang merasakan tidak terdapat banyak perhimpunan menggesa gencatan senjata di Gaza dalam lingkungan tiga ke empat minggu kebelakangan ini.


"Kami adik-beradik dan keluarga melihat tidak banyak demonstrasi yang dijalankan untuk menunjukkan solidariti dengan penduduk Palestin walhal pembunuhan dan peperangan berlaku semakin teruk setiap hari.


"Terdapat sebuah demonstrasi yang besar pada Oktober lalu tapi hanya sekali sahaja dan pada pendapat saya dan adik beradik yang lain waktu itu kami ingin memberi satu platform kepada rakyat Malaysia terutama penduduk sekitar Kuala Lumpur dan Selangor untuk menunjukkan solidariti. Kami ingin menunjukkan solidariti ini dalam keadaan yang konsisten dan istiqomah," katanya.


Beliau turut berkongsi sambutan orang ramai terhadap perhimpunan tersebut yang bergantung kepada masa dan keadaan cuaca pada hari yang dijalankan.


"Ini adalah sesuatu niat kami semasa memulakan sama ada sambutan itu besar atau kecil adalah tidak relevan maksudnya kalau ada 10 orang, kami teruskan apatah lagi kalau ada 1000 orang kami tetap teruskan dan sudah tentu kalau lebih lagi bagus.


"A winner is not somebody who gives the hardest punch it is actually somebody who can keep on standing jadi pada pendapat saya selagi ada orang walaupun seorang yang memegang sepanduk dekat kedutaan Amerika Syarikat itu pun sudah mencukupi dan itulah hasrat kami," ujarnya.


Perhimpunan yang dijalankan setiap minggu itu pernah dihadiri oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Altimet.



94 views2 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page