top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Demon Slayer The Movie Meraih RM4.3 Juta

Oleh: Fatiha Mahmood

Penyunting: Haziq Maricar


Sumber: Google


KUALA LUMPUR, 23 April - Filem animasi Jepun arahan Haruo Sotozaki yang berjudul Demon Slayer: Mugen Train berjaya memperoleh lebih daripada RM4.3 juta di box office Malaysia setelah 12 hari dilancarkan dan menduduki antara tempat teratas dalam Box Office di Malaysia sebaik sahaja pawagam dibenarkan beroperasi semula sejak kekangan yang disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan pada tahun yang lalu.


Menurut pengedar filem GSC Movies, setelah 12 hari dilancarkan, filem ini telah memperoleh lebih daripada RM4.3 juta di box office Malaysia. Ini juga bermaksud Demon Slayer The Movie kini merupakan filem animasi Jepun terlaris di Malaysia, setelah berjaya mengambil alih daripada juara sebelumnya One Piece: Stampede (2019) yang telah memperoleh RM3.3 juta. Menurut pernyataan media dari GSC Movies: "ini tidak hanya mendorong industri pawagam lokal, tetapi juga membuka jalan untuk penawaran filem yang akan datang."


Filem animasi "Demon Slayer: Mugen Train" juga membuat meninggalkan impak Box Office di Jepun, menjadi filem yang paling banyak ditonton di Jepun tahun ini. Disamping itu, filem itu menghasilkan sebanyak 313.7 juta US dollar dengan hanya setelah dua hari filem tersebut dikeluarkan pada bulan Desember. Ini menjadikannya sebagai box office terbesar di Jepun, mengatasi pemegang rekod sebelumnya, filem fantasi animasi Miyazaki Hayao tahun 2001, "Spirited Away", yang menghasilkan sebanyak 305 juta US dollar termasuk ulang tahun ini.


Salah satu sebab filem ini menjadi popular kerana tidak ada persaingan filem Hollywood pada musim panas dan musim luruh, yang sering diterbitkan oleh The Walt Disney Company dan filem lain yang menarik bagi keluarga utama, remaja, dan demografi dewasa muda filem ini.


Filem ini dihasilkan oleh Studio Ufotable dan diedarkan oleh Toho dan Aniplex, di mana filem ini mengisahkan tentang seorang budak lelaki yang tinggal di sebuah kampung perkampungan terpencil pada awal abad ke-20 Jepun yang menjalankan misi membalas dendam setelah ahli keluarganya dibunuh oleh iblis dan adik perempuannya juga disumpah menjadi iblis.


Filem anime Demon Slayer: Kimetsu No Yaiba The Movie: Mugen Train mempunyai pukulan emosi dan animasi secara digital yang menjadikan filem ini sangat popular sehinggakan penonton filem Malaysia sanggup menunggu lama untuk menonton filem ini di panggung wayang bersama keluarga dan sahabat handai.

74 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page