top of page
  • Writer's pictureNurul Yasmin Yuhanis Ahmad Yunus

Dengan Kuasa Viral, Kuda Berkeliaran Di Jalan Raya Telah Diselamatkan

Penulis: Nurul Yasmin Yuhanis Ahmad Yunus

Penyunting: Umi Hanisah Jeshri


Tiga ekor kuda berkeliaran di kawasan Bukit Ampang. Sumber Foto: Facebook Warga 68000 Ampang dan Nurhidayah Damanhoori.


AMPANG, 23 Jan - Tular di media sosial, Twitter bahawa terdapat tiga ekor kuda kurang bermaya yang mengganggu keselamatan lalu lintas berkeliaran di sekitar kawasan Bukit Ampang, Selangor telah diselamatkan.


Seorang pengguna Twitter dengan nama pengguna @BarnAndBrxfast telah membuat satu bebenang ciapan berkaitan isu tiga ekor kuda peliharaan menjadi terbiar berkeliaran di lalu lintas dan mengaitkan isu tersebut dengan kesedaran haiwan.


Menurut @BarnAndBrxfast iaitu Syaza, 32, Freelance Groom, beliau mendapati bahawa kuda-kuda ini telah terbiar dan berkeliaran di kawasan tersebut sejak tahun 2022 lagi berdasarkan apa yang dijumpai olehnya di FYP TikTok dan menurut penduduk tempatan.


Video TikTok kuda-kuda berkeliaran di kawasan Bukit Ampang yang telah dijumpai oleh Syaza yang tular pada tahun 2022. Sumber: TikTok @mynewshub


“Sebagai seorang yang sememangnya bekerja menguruskan kuda dan minat kuda, menjaga kuda ini bukan suatu perkara yang mudah malah memelihara kuda ini bukan bahan untuk membuat sebagai koleksi atau menunjuk, walaupun minat kuda tetapi jika tidak mampu untuk memelihara kuda ini jangan pelihara mereka kerana kosnya yang sangat tinggi dan memelihara kuda ini bukan sekadar jaga dari segi beri mereka makan, minum dan tempat tinggal, malah bagi kuda domestik seperti ini mereka perlukan latihan dan senaman untuk memastikan ia sihat jasmani,” kata beliau semasa ditemu bual oleh Nadi Bangi.


Kesedaran dalam memelihara haiwan seperti kuda ini bukan seperti memelihara kucing dan pada pendapat Syaza, kesedaran atas haiwan seperti ini perlu ada kerjasama daripada orang ramai.


“Sejurus selepas saya memuat naik ciapan kesedaran terhadap haiwan menerusi isu ini, ramai netizen yang berkongsi bahawa bukan sahaja tiga ekor kuda ini mengalami nasib yang sama, malah di sesetengah tempat haiwan seperti lembu juga ada yang dibiarkan oleh pengembala mereka dan membahayakan keselamatan lalu lintas,” katanya ketika ditemubual oleh Nadi Bangi.


Tambahnya lagi, “Kuasa viral itu penting lagi-lagi apabila mendapat respon daripada warganet dan sebab itulah saya juga memuat naik pautan berkaitan isu kuda berkeliaran ini daripada akaun Facebook Warga 68000 Ampang dan DSP Nurhidayah Damanhoori di bebenang ciapan untuk membuka minda isu kesedaran haiwan kepada orang ramai,


“Hal ini kerana pihak berkuasa mungkin tidak tahu tempat, masa dan siapa yang terlibat lagi-lagi untuk hal-hal kebajikan haiwan dan oleh itu, pentingnya kuasa viral kini kerana kita dapat tahu bahawa banyak isu yang sama terjadi kepada haiwan ini,” katanya.


Ramai pengguna di Twitter ingin tahu maklumat terkini berkaitan tiga kuda ini di ruang komen bebenang ciapan yang dimuat naik oleh Syaza dan ramai yang mengambil berat tentang isu pentingnya wujud rasa sifat kesedaran haiwan dalam diri.



Pautan bebenang daripada ciapan akaun Twitter Syaza berkaitan misi menyelamatkan kuda berkeliaran ini dan isu kesedaran haiwan. Sumber Foto: Nadi Bangi


Syaza telah memuat naik ciapan maklumat tentang info terkini nasib ketiga-tiga kuda ini yang telah diselamatkan oleh Pegawai Pemerintah Unit Berkuda, Unit Berkuda Pasukan Simpanan Persekutuan, DSP Nurhidayah Damanhoori dan kuda tersebut telah dibawa ke kandang sementara untuk dirawat.


Kuda yang telah diselamatkan dan diletakkan di kandang sementara. Sumber Foto: Dani


Isu haiwan peliharaan dan ternakan diabaikan ini perlu diambil berat oleh orang ramai kerana ia bukan sahaja membahayakan kebajikan haiwan tersebut malah ia boleh membahayakan keselamatan orang ramai.


Kuasa viral di media sosial boleh dijadikan sebagai medium untuk memberi kesedaran kepada orang ramai berkaitan isu kesedaran haiwan dan sumber kepada pihak atasan untuk menyelamatkan haiwan yang teraniaya ini.


Orang ramai boleh membuat laporan aduan berhubung kebajikan dan penganiayaan terhadap haiwan kepada pihak DVS iaitu Jabatan Perkhidmatan Veterinar di portal rasmi mereka iaitu https://awa.dvs.gov.my/support jika terdapat isu seperti ini.







57 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page