top of page
  • Writer's pictureNabila Najwa Saiful Azuwar

Dihalau Rumah Hanya Kerana Kaki Adik Tiri Tersepit Pintu

Updated: Dec 7, 2022

Penulis: Nabila Najwa Binti Saiful Azuwar

Penyunting: Najwa Ismet Badjened

Sumber Gambar: iStockphoto


AMPANG, 27 Nov - Seorang kanak-kanak remaja perempuan berusia 13 tahun dijumpai berlegar bersendirian di kawasan rumah kedai Taman Tasik Tambahan dengan raut wajah yang sayu kerana dihalau oleh bapa tirinya dari rumah. Ranjetha, 50, seorang pemilik kedai runcit di kawasan itu menyedari kanak-kanak itu berjalan sambil menangis dengan tanpa hala tujuan dari pukul 3 petang sehinggalah pukul 6 petang. Kanak-kanak yang dikenali sebagai Alia (bukan nama sebenar) itu pernah membeli barang dari kedai runcit milik Ranjetha bersama ibunya, jadi beliau berasa hairan dengan kelakuan kanak-kanak itu berlegar seorang diri di kawasan itu. “Saya berasa tidak senang hati melihat Alia begitu dan saya juga merasakan ada benda buruk yang telah berlaku kepada dia,” kata Ranjetha.


Ranjetha dan anak perempuannya, Raveena telah mendekati kanak-kanak remaja itu untuk bertanyakan apa yang telah terjadi dan mereka mendapati bahawa Alia telah dihalau dari rumah oleh bapa tirinya, hanya disebabkan beliau tertutup pintu bilik dan secara tidak sengaja mencederakan adik tirinya. Kanak-kanak tersebut menceritakan nasib yang ditimpanya kepada Ranjetha dan anak perempuannya dengan tangisan dan nada yang pasrah. “Saya ada bertanyakan kepada Alia, jika perkara ini pernah berlaku sebelum ini dan beliau berkata ini adalah kali pertama beliau dihalau dari rumah tetapi bukanlah kali pertama beliau dimarahi dengan teruk oleh bapa tirinya,” kata Ranjetha itu lagi. Pemilik kedai runcit itu dan anak perempuannya difahamkan bahawa bapa tiri kepada Alia itu mempunyai masalah panas baran dan mereka segera membuat tindakan dengan menghubungi nenek kepada Alia yang tinggal berdekatannya. Mereka juga turut memeriksa badan Alia jika ada kesan-kesan lebam atau luka yang boleh berpunca dari dera tetapi tiada apa yang dijumpai. Alia kini berada di rumah neneknya, sementara menunggu keadaan untuk kembali reda.

13 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page