top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Dikritik Netizen Gara-gara Tidak Memakai Pelitup Muka

Oleh: Chan Lyn Yi

Penyunting: Bhavanpreet Kaur


Sumber: Facebook


BANGI, 28 Dis - Seorang wanita dipercayai berusia 20-an dikecam oleh pengguna media sosial kerana tidak memakai pelitup muka semasa menaiki tren laju, ETS (Electric Train Service).


Wanita tersebut juga meluahkan perkataan kasar semasa seorang saksi merakamkan kejadian tersebut.


Video ini dirakamkan oleh seorang pengguna Facebook, Claudia Lee yang juga merupakan seorang saksi kejadian yang berlaku semalam. Beliau merakamkan video lalu memuat naik video tersebut di Facebook mengenai tindakan wanita terbabit di ETS yang berlepas dari Taiping ke Ipoh.


Menurut perkongsian Claudia Lee di laman Facebook miliknya, beliau dan kawannya mendapati bahawa wanita terbabit yang duduk bertentangan mereka tidak memakai pelitup muka selama 20 minit.


“Saya tanya dia nak pelitup muka ke tak dan dia jawab tak nak,” tulisnya dalam akaun Facebook miliknya.


“Saya tanya dia kenapa tak nak pelitup muka, dia kata dia ada pelitup muka tetapi dia tak nak pakai sahaja,” tambahnya.


Claudia Lee mengatakan bahawa kawannya membuat aduan kepada pihak krew tren selepas mereka telah menasihati wanita tersebut beberapa kali supaya wanita tersebut memakai pelitup muka. Walaubagaimanapun, wanita tersebut masih enggan memakai pelitup muka.


“Dia sangat degil walaupun konduktor tren telah memberi nasihat kepada dia,” kata Claudia Lee.


Dalam video pendek tersebut dilihat seorang konduktor tren memberi penjelasan berkaitan kepentingan memakai pelitup muka tetapi wanita tersebut tidak mendengar nasihat yang diberikan dan enggan mematuhi peraturan yang ditetapkan.


Konduktor tren tersebut kelihatan bersabar dengan mengulangi nasihat beberapa kali kepada wanita tersebut. Claudia Lee juga mengatakan bahawa kontroktor tren tersebut telah memberi amaran kepada wanita tersebut dan berkata bahawa tidak memakai pelitup muka di tempat awam adalah satu kesalahan dan boleh dihukum.


Dalam video tersebut, wanita terbabit berkata dalam Bahasa Inggeris kepada kondukter tren, “I said I can wear. I told you I can wear okay.”


Wanita tersebut juga meluahkan perkataan kasar apabila dia mendapati bahawa saksi tersebut merakam video, “Stop taking my video….Don't behave like bullsh**!”


Namun begitu, wanita terbabit tidak ditahan dan dikenakan denda oleh pihak polis kerana wanita tersebut memakai pelitup muka selepas saksi tersebut merakamkan video.


Rakaman video yang menunjukkan perbuatan wanita tersebut telah menarik perhatian netizen di Facebook. Rata-rata netizen mengecam tindakan wanita tersebut yang agak keterlaluan kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.


Nadi Bangi memetik komen oleh pengguna Facebook, Francis Kok. Beliau mengatakan bahawa pihak krew tren boleh meminta wanita tersebut turun daripada tren jika masih tidak memakai pelitup muka.


“You should wear your mask while you are talking to the captain, and when you are outside anywhere. The mask is to protect yourself and also protect others,” komen dipetik daripada pengguna Facebook, Tai Liew.


Beberapa pengguna Facebook juga meluahkan perasaan marah dengan tindakan wanita tersebut.


“Can anyone tell me what is ‘don’t behave like bullsh**’?” Menurut pengguna Facebook Emy Ng.


“This is what you call kurang ajar. Educated but act like not educated. Why no police action to fine her RM1K for breaking the SOP?” kata pengguna Facebook, Howe Boon Choi.


Video ini tular sejak semalam di Facebook. Video pendek yang berdurasi 18 saat ini telah mendapat sebanyak 58.2K tontonan di platform media sosial tersebut.

44 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page