top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Diskriminasi Jantina Bataskan Usaha Pemerkasaan Wanita

Penulis: Elida Najwa Mohd Subri

Penyunting: Shafa Alvia Rizka

Sumber: Astro Awani


KUALA LUMPUR, 8 Nov – Inisiatif kerajaan dalam usaha pemerkasaan wanita seperti yang telah dibentangkan dalam Bajet 2022 berpotensi dibataskan akibat diskriminasi jantina yang menghalang wanita untuk mempunyai peluang yang sama rata.


Kebanyakan inisiatif pemerkasaan wanita berbentuk kewangan. Hal ini dilihat tidak mampu memperkasakan wanita jika diskriminasi masih berlaku dalam masyarakat pada hari ini yang menyaksikan wanita tidak diberi tempat yang adil dan saksama untuk kehadapan.


“Banyak bantuan yang telah diberikan oleh kerajaan dalam usaha ini. Namun begitu, kita boleh lihat dari segi diskriminasi di dalam bentuk korporat, awam, politik dan juga kepimpinan.” Kata YB Young Syefura Othman, Adun Ketari ketika di temubual dalam program Dialog Tiga Penjuru bersama Astro Awani.


Menurut beliau lagi, janji berkenaan kuota mandatori jantina, khasnya buat wanita bagi mengisi jawatan-jawatan dalam lembaga korporat seperti di bawah Bajet 2022 satu langkah yang baik, namun masih terdapat kekurangan.


“Saya rasa sudah tiba masanya memperkasakan wanita dengan cara membiarkan mereka berdiri di atas kaki sendiri. Bagi saya itu adalah maruah seorang wanita. Beri mereka peluang untuk berdiri sendiri dan pastikan suara mereka boleh didengari sama ada di dalam sektor korporat mahupun politik. Semuanya sama sahaja. Beri mereka peluang.” Kata Mourhrna Anetha Reddy, pengarah Quetra Consultancy.


Menurutnya lagi, masyarakat juga harus berhenti memandang wanita sebagai kaum yang lemah. Beliau juga meminta kerajaan untuk memberikan peluang dan ruang yang sama kepada wanita untuk bertapak di semua sektor.


Namun begitu, beliau juga berpendapat bahawa diskriminasi memang berlaku dan ia bergantung kepada cara kita mengendalikannya. Tidak mahu menunding jari kepada kerajaan semata-mata, beliau berkata ini adalah tanggungjawab semua.


Menurut Anis Yusof, Naib Presiden Kanan, Hal Ehwal Kerajaan, Lazada Malaysia ketika di temubual di dalam program yang sama berkata, wanita sendiri harus belajar untuk berdikari dan golongan lelaki seharusnya memberikan kuasa untuk wanita berdaya saing.


Katanya lagi, beliau tidak begitu kisah tentang apa yang berada di dalam kerangka pemerkasaan wanita dalam bajet yang dibentangkan tempoh hari. Apa yang penting adalah untuk kaum lelaki memberikan ruang yang secukupnya dan sama rata untuk wanita diperkasakan.


“Sudah bagi bantuan dan apa tindakan seterusnya? Kita perlu pemikiran untuk jangka masa yang panjang. Bagaimanakah kita boleh menjadikan dana yang diberikan ini bermanfaat dalam jangka masa panjang supaya kita sentiasa ada makanan di atas meja, ada rumah untuk didiami dan suara kita didengari.”


“Berikan kami kemahiran, pendidikan dan ajar kami bagaimana untuk maju dalam kerjaya dan maju dalam sektor yang kita ceburi, sama ada sektor teknologi, sektor pendidikan mahupun sektor keusahawanan.” Ujarnya lagi.


Kefahaman terhadap konsep gender dan peranannya yang tepat merupakan langkah penting dalam pengiktirafan hak-hak wanita, kesamaan gender serta penghapusan penindasan terhadap wanita atas dasar perbezaan jantina.


168 views5 comments

5 comentarios

Obtuvo 0 de 5 estrellas.
Aún no hay calificaciones

Agrega una calificación
Nur Sahira Aina
Nur Sahira Aina
17 nov 2021

Wow! a powerful argument 👍🏻

Me gusta

Arifah Adenan
Arifah Adenan
11 nov 2021

Wow artikel yang bagus dan cara penulisan yang terang dan sangat mudah untuk difahami.

Me gusta

Yasmin Faqihah
Yasmin Faqihah
11 nov 2021

Good topic👍🏻👍🏻

Me gusta

Ainnur Rafifa
Ainnur Rafifa
11 nov 2021

Perempuan patut diberi peluang & ruang, what a good article!

Me gusta

Rabiatul Khirruddin
Rabiatul Khirruddin
11 nov 2021

sangat bermanfaat 👍🏼

Me gusta
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page