top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Dituduh Tiru Bubblebee, Honeybee Nafi Kecaman Netizen

Penulis: Nur Syazwana Abu Bakar

Penyunting: Fitrah Kamaleea Mohd Zam

Sumber: Instagram @pulasanjb


Bangi, 14 Nov – Tular baru-baru ini di media sosial apabila sebuah kedai minuman dan pencuci mulut yang baru meningkat naik dikecam hebat oleh netizen gara-gara di salah ertikan meniru kedai milik artis Shuib Bubblebee yang menggunakan konsep yang sama iaitu aiskrim berasaskan madu.


Honeybee merupakan kedai yang menjual minuman dan pencuci mulut seperti minuman kopi madu, aiskrim madu dan juga popcorn madu yang mula beroperasi sejak tahun 2019. Honeybee membuka banyak cawangan di sekitar Johor iaitu bertempat di Desaru, Kulai, Skudai, Pengerang, Bandar Dato Onn, Taman Kota Masai, Kota Tinggi, Bukit Tiram dan baru sahaja membuka satu lagi cawangan yang baharu di Bandar Baru Uda, Johor. Kedai tersebut dikatakan akan membuka 3 cawangan lagi di Megah Ria, Pontian dan juga Kluang.


Nama kedai ini meningkat naik selepas mendapat banyak kecaman hebat daripada netizen yang mengatakan meniru konsep aiskrim madu milik artis terkenal Shuib dari segi logo, penggunaan warna dan juga konsep sehinggakan mengeluarkan kata-kata yang tidak sedap didengari.


“Peniru siak masa Shuib tak bukak bublebee tknk pulak bukak,Aku doakan kau punya bisnes Menurun nmpk sgt peniru” - Tiktok @Fayyadd


“Bole nk buat. tp jgn la sama warna,nama pun lebih kurg je...haaaiihhh...buat la trademark sndiri.” Tiktok @bungaheaven101


Walau bagaimanapun, Honeybee tidak kurang juga mendapat pujian dan sokongan daripada netizen yang banyak mengatakan tentang penjenamaan semula. Dalam industri perniagaan, tiada istilah meniru tetapi menggunakan penjenamaan semula.


“Habistu yg ramai2 jual nasi lemak tu tiru sape? apalah pemikiran kuno mcm ni. asal niaga sama je mula la cakap tiru tu tiru ini.. lemahh” Tiktok @~Catt Zainal Abidin


“Weh sedap sgt dgn harga yg murah dan berbaloi... serious xtipu.. mmg la ada sama mcm bubble Bea tp yg ni yg sedap dan mampu milik.” Tiktok @Shieymahhh


Dalam situasi ini Honeybee mendapat manfaat daripada penjenamaan semula produk yang berkonsepkan kopi madu sebagai satu cara untuk membezakannya dengan pesaing dan membawa kekuatannya yang tersendiri.


Menemubual pengasas Honeybee iaitu Muhammad Shahrin, beliau mengatakan “Kopi madu merupakan satu cara yang digunakan untuk membezakan antara Honeybee dan juga Bubblebee, kerana Bubblebee lebih kepada tea manakala Honeybee memfokuskan kepada kopi. Honeybee juga mengeluarkan Popcorn jenama sendiri.”


Walaupun mendapat banyak kecaman daripada netizen tetapi apa yang bagusnya kedai ini tetap lantang menepis kecaman secara profesional dengan marketing yang tersendiri membuatkan semakin ramai yang menyokong. Sudah menjadi lumrah dalam perniagaan ada jatuh bangun dan ada yang saling menjatuhkan sesama sendiri. Dalam perniagaan perlu adanya persaingan yang sihat.

740 views2 comments

2 Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
Ires Seri
Ires Seri
Nov 18, 2021

Yang penting murah dan


Like

beauty queen
beauty queen
Nov 18, 2021

tak pernah try tp ramai kata harga mampu milik.. insyallah will try soon

Like
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page