Nadi Bangi
Diva AA Mengganas Di YouTube
Oleh: Farhan Siddiq
Penyunting: Abdullah Zaid

Sumber: RPM TV Channel
KUALA LUMPUR, 2 Jun - “Kau semak jalan highway semua, menyusahkan polis nak check kau siapa semua tu!”, ujar Diva AA pada hari ini. Siapa yang tak kenal Diva AA kan? Azwan Ali atau lebih dikenali dengan nama glamournya, Diva AA, telah berkolobrasi dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam video Youtube yang bertajuk Perutusan Khas Covid-19 Diva AA Part 1 RMP TV di saluran Youtube PDRM.
PDRM berkolaborasi bersama Diva AA yang sudah pasti ramai orang sudah tahu dirinya penuh dengan cerita sensasi dan isu panas. Kolaborasi ini boleh dilihat di PDRM RMP TV Channel dengan klip video berdurasi enam minit sepuluh saat. Diva AA dalam video itu membawa perutusan khas Covid-19 dengan gayanya sendiri dengan sangat spontan. Perutusan khas yang dibawa Diva AA ini melibatkan teguran kepada kumpulan yang tidak mematuhi SOP, #StayAtHome, dan #KitaJagaKita.
“So kalau kau balik kampung yang mengelumpur rentas-rentas negeri ni, siap menipu polis, message ini ditujukan dekat orang macam kau! Sebab kau mengelumpur balik kampung, kononnya rindu ayah dan ibu, moklu rindu! Kau sebenarnya nak habiskan beras-beras mak kau tu!”, ujar Diva AA.
“Kau semak jalan highway semua, menyusahkan polis nak check kau siapa semua tu! Kerana kau lah kau mengelumpur balik kampung, puak-puak dekat kampung kena virus Covid-19. Tak pasal-pasal kes-kes ni tergolek dekat rumah semakin meningkat gara-gara kau! Dislike, dislike, dislike, hak tuih kan aja!”, tambahnya lagi.
Belia turut menegur kelompok-kelompok seperti pasangan suami isteri yang duduk berjauhan, orang yang pergi membeli belah, beraya tanpa mematuhi SOP, dan yang menyertai majlis dan acara pada situasi pandemik ini.
“Untuk hamlau-hamlau ‘P.J.J’, P.J.J tu apa? Bukan penjajah samdul, PJJ tu Pasangan Jarak Jauh’. Berapa lama kau tak kena? Sabar boleh tak! Kau telah menyusahkan PDRM punya kerja untuk check korang! Sebab korang yang mengulumpur PJJ ni lah! Haa sebab korang lah telah meningkatkan peratus Covid-19. Sedih!”, ujarnya.
“Untuk hamlau yang mengelumpur pegi shopping bersesak-sesak dekat mall tu, hello! Kau ingat kau Diva AA ker?! Nak catwalk masuk mall?! Lebih dua jam, siap kau kena kompaun! Tak payah mengelumpur kat tempat sesak-sesak ni, itu semua kawasan pembawa virus! Lepastu yang mengelumpur raya-raya sakan tu, tapi agak-agak lah ikut SOP!”
“Dan warning Diva AA ini jugak untuk yang mengelumpur join event. Ini kan Covid-19! Mana taknya peratus meningkat, udah-udah lah tu! Terkedek-kedek nak join event! Kau bukan artis pun! Tak payah gi event! Duduk rumah!
Klip video perutusan khas ini telah ditonton seramai 4,527 orang dan mendapat tanda suka sebanyak 481 disukai. Di hujung klip video ada menyatakan bahagian kedua Perutusan Khas Covid-19 akan ditayangkan pada masa akan datang. Ini membawa makna akan ada lagi video Perutusan Khas Covid-19 yang akan dimuatnaik oleh RPM TV Channel di bawah badan PDRM.