• Nadi Bangi

Dolla Dituduh Meniru Blackpink?

Wartawan : Nur Raihan Abdul Rahim

Penyunting : Farah Alia Abdul Manan


Sumber: Malaymail.com

BANGI, 07 NOV – Sebuah kumpulan wanita dari Malaysia iaitu Dolla mencetuskan kontroversi baru-baru ini apabila nama kumpulan mereka menjadi tumpuan tajuk berita yang dikeluarkan oleh sebuah saluran berita hiburan Korea Selatan kerana didakwa meniru kumpulan wanita sensasi Korea Selatan iaitu Blackpink.

Portal berita hiburan Korea Selatan www.allkpop.com telah mengeluarkan satu artikel mengenai kumpulan Dolla yang menafikan persamaan di antara mereka dan kumpulan popular Blackpink.

Menurut kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Sabronzo, iaitu merupakan salah seorang ahli kumpulan Dolla di dalam satu sidang media bagi pelancaran lagu kedua mereka.

“Semua gerak langkah, muzik dan juga fesyen yang dikatakan meniru kumpulan Blackpink semua adalah secara kebetulan.”

Dolla menerima kecaman yang teruk daripada netizen mengenai isu ini dan mereka tidak akan berputus asa dengan segala kecaman yang diterima.

Salah seorang pengguna Twitter yang memegang akaun @izzuanamer memberikan komen “That Dolla girls try hard sangat nak jadi Blackpink.”

Kumpulan Dolla ini terdiri daripada Sabronzo (25), Tabby (20), Syasya (19), dan Angel (19) yang berada dibawah naugan syarikat Universal Music ini akan melancarkan lagu terbaru mereka yang bertajuk ‘Impikan’ pada 30 Oktober.

“Kami cuba untuk membina identiti muzik yang tersendiri memandangkan di Malaysia tidak mempunyai banyak kumpulan wanita,” ujarnya. Dolla melancarkan lagu pertama mereka bertajuk Make You Wanna pada bulan Mac yang lalu dan mereka menjadikan Blackpink sebagai satu inspirasi kepada mereka dalam industri muzik pop di Malaysia ini.

75 views0 comments

Related Posts

See All