top of page
  • Nabila Najwa Saiful Azuwar

Dr Amalina Berang Dengan Kata-Kata Lucah Terhadap Anaknya

Penulis: Nabila Najwa

Penyunting: Najwa Badjened


Sumber Foto: Instagram dan Twitter @DrAmalinaBakri


BANGI, 20 Disember - Pakar bedah kelahiran Malaysia, Dr Amalina Bakri Che Bakri meluahkan perasaan kecewanya di laman Twitter beliau tentang kenyataan berbaur lucah yang dibuat oleh netizen terhadap anaknya yang berusia 2 bulan. “Saya berbelah bahagi untuk menulis kenyataan ini, tapi saya mengambil keputusan untuk bersuara kerana sesetengah lelaki melayu Islam (dan juga perempuan) telah membuat kenyataan lucah terhadap anak perempuan saya yang hanya berusia 9 minggu”, kata Dr Amalina. Susulan tindakan undang-undang yang ingin dilakukan oleh beliau adalah disebabkan kenyataan yang dinyatakan melalui sesi soal jawab di laman Instagram menjadi tular, yang dijadikan bahan berita bagi penulis artikel tabloid. Soalan yang dikemukan oleh pengikut Dr Amalina di laman Instagram beliau ialah ‘Adakah terdapat servis sunat bayi perempuan di United Kingdom?’ dan beliau menjawab ‘Tidak ada kerana sunat perempuan melanggar undang-undang di United Kingdom’. “Saya banyak membuat sesi Q&A (soal jawab) untuk berkongsi ilmu perubatan kepada pengikut-pengikut saya dan tidak pernah saya mempertikaikan hukum Islam, malah saya membuat kenyataan, jika anda berada di Malaysia, ikutlah fatwa dan undang-undang negara Malaysia”, kata Dr Amalina lagi. Walau bagaimanapun, kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau telahpun diambil oleh media di Malaysia dengan tajuk berita yang tidak digemari. Menurut Dr Amalina lagi, setelah artikel tersebut dimuatnaik ke laman Facebook, pelbagai kecaman serta perkataan yang ‘jelik’, lucah dan hinaan yang dikeluarkan di ruangan komen terhadap beliau dan juga anak bayi perempuannya. “Saya tidak terkesan sekiranya kata-kata tersebut yang ditujukan kepada saya, tetapi mereka sudah melampaui batas apabila membuat kenyataan berbaur lucah terhadap anak saya yang tidak ada dosa sekalipun. “Untuk makluman, saya dalam proses untuk mengambil tindakan undang-undang supaya (perkara) ini menjadi pengajaran kepada semua. “Saya juga ingin menegur penulis-penulis artikel yang suka membuat tajuk berita clickbait atau mengambil cerita remeh”, katanya. Beliau telah membuat keterangan lanjut di laman Instagramnya berkenaan jawapan yang diberikan tentang isu sunat bayi perempuan di United Kingdom, dengan berkongsikan informasi yang diperoleh dari pendapat Majlis Islam Britain. Majlis Islam Britain berpendapat bahawa servis sunat tersebut atau lebih dikenali sebagai FGM (Female Genital Mutilation) ialah praktis bukan islamik, malah ianya bertentangan dengan ajaran Islam dan menjatuhkan nama Islam. Hal ini kerana, prosedur itu hanyalah amalan budaya yang melibatkan pemotongan, pembuangan dan pengubahan alat kelamin luar perempuan yang tidak memberi apa-apa manfaat, malah memberi banyak kesan sampingan yang buruk dari segi kesihatan. “FGM ialah bukan prosedur tuntuan Islam. “Tidak ada rujukan dalam Al-Quran yang menyatakan kanak-kanak perempuan mesti berkhatan. “Juga tidak ada rujukan yang sahih tentang ini dalam Sunnah, sabda atau hadis Nabi kita (SAW)”, kata Majlis Islam Britain.

9 views0 comments

Related Posts

See All
bottom of page