• Nadi Bangi

Dr. Amalina Muncul Dalam Artikel Majalah Vogue UK

Oleh: Haziq Maricar

Penyunting: Fatiha Mahmood


Tangkapan skrin yang diambil pada laman web rasmi Vogue UK



LONDON, 18 April - Seorang pakar bedah Malaysia yang menetap di United Kingdom, Dr. Amalina Che Bakri buat julung kalinya tampil pada artikel majalah fesyen dan gaya hidup bulanan terkemuka dunia, Vogue UK.


Majalah Vogue telah ditubuhkan di Amerika Syarikat sejak tahun 1892 manakala di UK sejak 1916 dan skopnya melangkaui couture ataupun perekaan pakaian bergaya, seperti temu ramah dengan orang berpengaruh, ulasan makanan dan minuman, ciri hotel dan pelancongan dipertengahkan di samping ciri catwalk yang bergaya, produk kecantikan dan citra supermodel.


Dalam artikel tersebut, Dr. Amalina, 33, menceritakan pelbagai kesulitan yang harus ditempuhi beliau bagi menjayakan majlis pernikahannya yang sudahpun ditunda lebih daripada tiga kali yang pada asalnya telah ditetapkan tarikh pada Januari yang lepas.


“One thing that did go to plan was my dress.”


Dr. Amalina Che Bakri yang pada suatu ketika dahulu pernah dikenali sebagai pelajar genius menjelaskan bahawa beliau sekurang-kurangnya dapat melakukan satu perkara dengan betul dengan keputusan beliau untuk menempah baju yang direka khas oleh pereka fesyen terkemuka tanah air, Cosry di mana pada kali ini mengenakan konsep baju kurung tradisional yang sederhana bagi upacara keagamaan tersebut.


Dalam pada itu, menurut Dr. Amalina perkara yang paling mencabar adalah berjauhan dengan ahli keluarga pada hari yang penuh bersejarah dalam hidup beliau, berkomunikasi dengan hanya menggunakan aplikasi facetime bukan hanya dengan mereka, tetapi juga dengan teman-teman pengapit yang bantu dalam proses majlis pernikahan tersebut walaupun tinggal di lokasi berbeza di serata dunia.


Walaupun perintah kawalan pergerakan di sebahagian United Kingdom telah dihapuskan pada musim panas yang lalu dan juga pada bulan Mac 2021, kini telah digantikan dengan nasihat untuk 'tinggal di rumah' jelas sekali menunjukkan negara tersebut tidak pernah meninggalkan kuarantin sepenuhnya seperti beberapa negara yang lain disebabkan kes yang tidak terkawal.


Selain itu, apa yang turut dikongsikan oleh pakar bedah terkenal itu ialah beliau sedang menjalankan kajian klinikal barah payudara sebagai program PhD beliau di Imperial College London dalam proses percubaan vaksin disamping cuba menanamkan kempen kesedaran terhadap isu tersebut kepada orang awam pada masa yang sama.


Kendatipun, Dr. Amalina Che Bakri masih berhasrat untuk mengadakan majlis persandingan apabila pandemik global sudah mulai surut di Malaysia dan juga di UK bagi menyambut kedua mempelai baru bersama ahli keluarga dan rakan-rakan pada tahun hadapan.



46 views0 comments

Related Posts

See All