top of page
  • Writer's pictureUmi Hanisah Jeshri

Dr. Fatin Hanani Berjaya Menghasilkan Satu Kajian Berdasarkan Jam Biologi.

Updated: Dec 7, 2022

Penulis: Umi Hanisah Jeshri

Penyunting: Nurul Yasmin Yuhanis Ahmad Yunus


Sumber Gambar : Instagram @Ukminsta


BANGI, 28 Nov - Seorang anak kelahiran Kedah Dr. Fatin Hanani Mazri, 31 berjaya menamatkan pengajian Doktor Falsafah PhD di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tampil dengan menghasilkan sebuah modul yang diberi nama SLIMSHAPE Chrono.


Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk membantu individu yang mempunyai masalah berat badan berlebihan atau obesiti dengan memberi panduan kepada mereka berkenaan waktu makan dan waktu tidur yang betul agar jam biologi seseorang dapat diselaraskan.


Menurut Dr. Fatin Hanani, kajian ini juga berdasarkan waktu makan dan jam biologi atau nama saintifiknya adalah “Circle Rhythm”


“Terdapat jam biologi yang boleh mengesan waktu tidur dan waktu kesegaran dalam badan manusia dan setiap orang mempunyai jam biologi yang berbeza kerana mengikut gaya hidup seseorang,” katanya.


Hormon Melatonin di dalam badan akan keluar tiga jam sebelum waktu tidur, jadi berdasarkan kajian ini, apabila hormon Melatonin mula meningkat badan akan menunjukkan tanda untuk tidur dan menyebabkan seseorang itu mengantuk.


Bagi mereka yang mahu menurunkan berat badan, tidak digalakkan untuk makan ketika hormon Melatonin meningkat kerana badan sedang mengalami rintangan insulin, jika terdapat sebarang pengambilan makanan pada waktu ini kadar kalori dan glukosa akan meningkat dan menyebabkan kenaikkan berat badan.


Menurut beliau pentingnya seseorang mengatur waktu makan mereka untuk mengelakkan makan pada waktu hormon Melatonin meningkat, terutamanya orang yang mempunyai rutin normal mereka digalakkan untuk makan sebelum jam 8.


“Selama tiga bulan kami menjalankan kajian ini kepada 100 orang di sekitar Putrajaya yang mempunyai rutin yang sama, sebagai contoh penjawat awam yang kerja dari jam lapan pagi sehingga lima petang dan kami tidak menjalankan kepada pekerja yang mempunyai waktu kerja yang tidak tetap kerana mengalami ketidakselarasan jam biologi,” katanya.


Dr. Fatin Hanani merupakan graduan UKM sejak dari Ijazah Sarjana Muda sehingga ke pengajian Doktor Falsafah (PhD) dalam jurusan Dietetik.


Beliau telah menerima anugerah emas kedoktoran semasa Majlis Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) KE- 50.


104 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page