Nadi Bangi
Dr Masliza Melakar Sejarah
Penulis : Ishaira Syuhada Isran
Penyunting : Siti Nurhezzaty Hamdan

Sumber : Google
BANGI, 12 Julai - Dr Masliza Mahmod, Pakar kardiologi telah melakar sejarah apabila beliau telah dinaikkan pangkat sebagai profesor madya bagi Perubatan Kardiovasklular di Universiti Oxford, United Kingdom baru-baru ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengucapkan tahniah atas kejayaan beliau di posting facebook beliau hari ini berkata, Dr Masliza Mahmod sememangnya seorang pakar kardiologi yang cemerlang dan disebalik kesukaran dan cabaran yang beliau hadapi beliau gigih dan bersemangat yang menjadikannya ahli kardiologi akademik yang cemerlang. Tiada apa yang dapat menghentikannya untuk mencapai tahap yang lebih tinggi. Kami bangga dengan pencapaiannya dan dia mencipta sebagai wanita Malaysia pertama yang berjaya dalam perubatan kardiovaskular di Universiti Oxford
Menurut Jabatan Perubatan di Universiti Oxford, penyelidikan Dr Masliza memfokuskan kepada penggunaan pengimejan resonans magnetik kardiovaskular iaitu teknik-teknik spektroskopi bagi pengesanan awal kelainan jantung serta mencari rawatan baharu untuk pesakit kardiomiopati, kegagalan jantung, penyakit injap aorta dan diabetes mellitus.
Dr Masliza, 47 tahun berasal dari Johor, kini menganggotai Jawatankuasa Pemandu Pasukan Petugas Penyelidikan Kegagalan Jantung British Society of Cardiovascular Magnetic Resonance (BSCMR).
Beliau juga adalah Ahli Royal College of Physicians (MRCP) dari London itu memiliki Ijazah Sarjana Perubatan Dalaman (MMed) dari Malaysia dan ijazah perubatan awal (MBChB) dari Universiti Otago, New Zealand.