Oleh: Amiera Hanis Hussin
Penyunting: Siti Masyitah Shabri
AMPANG, 15 Nov - Sebuah helikopter nahas selepas didakwa bergesel dengan sebuah helikopter lain lalu terhempas di Taman Melawati, Ampang kira-kira jam 12 tengah hari pada 8 November lalu.
Siasatan awal mendapati terdapat empat mangsa yang terlibat iaitu tiga lelaki dan seorang wanita. Mangsa dari helikopter yang terhempas di kawasan perumahan berhampiran sekolah Tamil itu maut, manakala dua daripadanya termasuk seorang wanita yang berlainan helikopter, terselamat.
Menurut saksi awam Puteri Nur Ilani, 25 yang berada berhampiran tempat kejadian berkata, “Saya nampak helikopter itu berlanggar antara satu sama lain selepas helikopter merah terlanggar pada bahagian belakang helikopter biru menyebabkan ekor helikopter itu patah dan senget sebelah.”
Beliau kemudian melihat helikopter merah terbang secara statik manakala helikopter berwarna biru menjunam sebelum terhempas.
Saksi kedua, Chan Chee Hoy, 66 berkata “Mula-mula dengar macam enjin lori yang bawa muatan berat sedang menaiki bukit sebelum beberapa saat terdengar dentuman kuat seperti bom meletup”.
“Saya sangat terkejut dan terus lari keluar untuk melihat apa yang berlaku kemudian ternampak sebuah helikopter terhempas di tepi jalan berhampiran semak.”
Nadi Bangi sempat meninjau komen-komen netizen di media sosial berkaitan kemalangan yang berlaku. Menurut salah seorang netizen @Haikalkhan_ menerusi lama twitternya, beliau menzahirkan rasa sedih dan terkejut dengan berita yang menimpa dua buah helikopter berkenaan dan mendoakan kesejahteraan buat mangsa dan keluarga si mangsa.
Sementara itu, seorang lagi pengguna twitter @thegrack sempat memuat naik tweet di laman twitternya berkaitan nahas yang menimpa dua buah helikopter itu “rupanya yang meninggal helikopter terhempas tu kawan abah sis, abah sis kata baik orangnya, kaki surau.”
Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta pihak polis untuk melakukan siasatan terperinci berhubung insiden helikopter terhempas di Taman Melawati berkenaan.
Orang awam yang mempunyai butiran dan berada di tempat kejadian juga diseru untuk tampil ke Ibu Pejabat Polis (IPD) bagi membantu siasatan.
Comentários