Nadi Bangi
Dua Peristiwa Gembira Dirai Oleh Joe Flizzow
Oleh: Arisha Mahazir
Penyunting: Ashikin Yusri

Sumber: Instagram Ninimarini
KUALA LUMPUR, 26 Jun -Hari gembira yang selama ini ditunggu-tunggu oleh penyanyi Hip Hop terkenal iaitu Johan Ishak atau lebih dikenali sebagai Joe Flizzow, 41 telah pun sah bergelar suami kepada Marini Ramlan, 42 pada hari ini.
Penyanyi hip hop terkenal itu sepatutnya bernikah pada bulan April yang lalu, namun terpaksa meminda tarikh pernikahan mereka kerana Perintah Kawalan Pergerakan telah mula dijalankam pada 18 Mac yang lalu berikutan pandemik Koronavirus (Covid-19).
Marini menyatakan kesyukuran yang tidak terhingga kepada suaminya di media sosial, instagram(@ninimarini_) dengan memuat naik sekeping gambar dan berkata " Pada harini ini semuanya menjadi dan saya mengalami sebuah majlis perkahwinan yang cantik. sayang kamu @joeflizzow. Saya sangat bersyukur kerana ada kamu didalam hidup ini."
Wartawan Nadi Bangi sempat menemuramah peminat Joe iaitu Hafiz, 20 berkata " Saya gembira Mr.President kita sudah mendirikan rumah tangga. Semoga perkahwinan mereka diberkati tuhan sentiasa. Tak sabar nak habis pkp , dah lama tak tengok Joe on stage."
Pengantin wanita menerima lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang dengan mas kahwin RM80. Walaubagaimanapun, pasangan ini merahsiakan jumlah wang hantaran mereka.
Pasangan ini mula berkenalan sejak 15 tahun lalu, Joe dan Marini mula menjalinkan hubungan yang serius pada 2016 dan mereka telah bertunang pada Disember yang lalu.
Joe bukan sahaja menyambut orang baharu di dalam hidupnya, dia turut menyambut kemenangan pasukan bola sepak kegemarannya iaitu Liverpool ,yang telah menjuarai English Premier League 2020 semalam. Dua peristiwa gembira yang berlaku dalam hidup beliau pada bulan ini bagaikan satu titik permulaan kehidupan yang akan membawa kebaikan kepada mereka berdua.