• Nadi Bangi

Ebit Lew Ikon Rakyat Malaysia

Oleh : Fath Abu Bakar

Penyunting : Dina Syafiqah Mohd Zan


Sumber : Fath Abu Bakar

Gambar syot layar daripada akaun media sosial

Instagram dan Youtube Ebit Lew.


Baru sahaja melangkah masuk tahun 2021, Malaysia terutamanya enam buah negeri antaranya ialah Johor, Pahang, Terengganu, Selangor dan yang terbaharu dituruti dengan negeri Kelantan dan Perak telah dilanda musibah banjir yang teruk sehingga pada hari ini hampir 16,500 orang mangsa banjir terpaksa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negeri yang terjejas. Hal ini demikian sekali lagi telah mendapat perhatian daripada Ustaz Ebit Lew dengan memberi bantuan dari segi makanan dan juga barangan keperluan kepada mangsa banjir di Pahang. Beliau juga sempat memberi bantuan di 3 pusat pemindahan banjir dengan memberi 1,000 T-shirt, 1,000 telekung, makanan, dan sedikit wang perbelanjaan yang diagihkan kepada mangsa banjir.


Ebit Irawan bin Ibrahim Lew yang juga dikenali sebagai Ebit Lew yang lahir pada 21 Disember 1984 merupakan seorang usahawan yang memiliki rangkaian pasar raya sendiri iaitu Elewsmart dan juga pendakwah Islam Malaysia berbangsa Cina. Beliau memeluk agama Islam pada usia 12 tahun selepas selalu mengikut rapat mengenai agama ini. Beliau terkenal dan tidak asing lagi dengan penampilan berjanggut, berkopiah dan berkurta serta pendekatannya menyantuni masyarakat seperti golongan terpinggir, fakir miskin, golongan LGBTQ dan remaja. Beliau juga seorang yang tangkas dan sepantas kilat dalam memberi bantuan kepada masyarakat atau golongan yang menimpa kesusahan apabila perkara itu ditularkan oleh netizen di media sosial.


Ramai juga yang tertanya-tanya dari mana sebenarnya Ebit Lew memperoleh dana dan wang yang begitu banyak untuk menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan. Dalam satu temu bual di antara Ustaz Ebit Lew dan portal media tempatan The Malaysian Insight, beliau telah menjelaskan persoalan tentang bagaimana serta dari mana sumber dana untuk memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan. Katanya, semua bantuan yang diberikan itu menggunakan wang hasil perniagaannya selepas itu apabila beliau banyak menyalurkan bantuan kepada yang memerlukan, ramai pula orang mula berminat untuk menyumbang terhadap aktiviti kebajikan yang dijalan oleh beliau. Bantuan kewangan yang diterima oleh pihak bersama-sama membantu menerusi pelbagai cara telah disatukan dalam satu tabung khas.


Sepanjang tahun 2020 iaitu semasa seluruh negara dilanda wabak pandemik Covid-19 yang telah menjejaskan hampir semua sektor, segelintir masyarakat telah kehilangan pekerjaan akibat terpaksa diberhentikan oleh majikan dan tiada mata pencarian lagi. Perkara secara tidak langsung telah tular di media sosial dan telah mendapat perhatian oleh Ebit Lew untuk mendapatkan golongan tersebut untuk diberikan bantuan yang cepat atas bantuan netizen juga dalam memberi info dan maklumat si penerima tersebut. Antara mangsa dan gologan yang jadi perhatian masyarakat oleh kerana tular di media sosial ialah lima beranak yang terpaksa tinggal dan berteduh dalam kereta kerana masalah kewangan dan permohonan rumah dari kerajaan masih tiada jawapan. Hal ini demikian perkara ini telah tular di media sosial dan Ebit Lew tidak melepaskan peluang dengan bergeas ke Pulau Pinang dengan memberi sewa rumah kepada keluarga itu dan telah menghadiahkan mereka peralatan elektronik untuk kegunaan dalam rumah.


Selain memberi bantuan kepada masyarakat yang ditimpa kesusahan, Ebit Lew juga telah berbakti kepada haiwan dengan memberi bantuan kepada pihak Zoo Negara setelah menerima panggilan daripada pihak itu untuk menyelamatkan haiwan di sana. Beliau memberi bantuan 200kg daging lembu dan 500kg buah-buahan dan sayuran. Hal ini demikian kerana Zoo negara kini tidak dapat menjana pendapatan disebabkan wabak pandemik Covid-29 yang mengurangkan kehadiran pengunjung sebagai sumber utama pendapatan untuk membeli makanan kepada semua haiwan yang ada di sana.


Selanjutnya, semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasakan di seluruh Malaysia pada 18 Mac 2020 yang lalu, nama Ustaz Ebit Lew semakin menjadi perhatian ramai semenjak peningkatan kes Covid-19. Pada bulan Oktober 2020 lepas, menerusi laman Facebook miliknya telah menyalurkan bantuan kepada penduduk di negeri Sabah. Beliau telah menghulurkan bantuan kepada barisan hadapan iaitu bantuan set medical seperti PPE, pelitup muka, dan face shield untuk keperluan kakitangan hospital. Selain itu, sebanyak 10 tan bantuan keperluan asas tiba di Kota Kinabalu menerusi penerbangan pesawat My Jet Xpress Airlines iaitu 1,000 pek beras dan 1,000 kotak berisi bekalan makanan lain termasuklah gula, biskut dan tepung yang telah diagihkan di 10 daerah negeri Sabah.


Menurut Ebit Lew, beliau memuat naik video di laman media sosial dan akaun Youtube miliknya bukan kerana untuk bangga, tetapi beliau ingin menunjukkan melalui video yang dimuat naiknya itu dapat dijadikan bukti wang yang disalurkan oleh penderma digunakan sebaik mungkin olehnya untuk membeli barangan keperluan. Walau bagaimanapun, segelintir netizen masih mempunyai fikiran yang negatif terhadap perbuatan murni beliau tetapi kebanyakan netizen amat memuji usaha murni beliau untuk membantu golongan yang memerlukan pada masa ini.


Kejayaan Ebit Lew sepanjang tahun 2020 ini ialah beliau berjaya membuka jaringan pasar raya Elewsmart yang mula beroperasi pada 18 Julai 2020 dengan pembukaan cawangan pertama di Bandar Baru Bangi dan kini telah mempunyai beberapa cawangan. Motif beliau menubuhkan rangkaian pasar raya Elewsmart ini adalah untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan supaya dapat membeli barangan harian dengan berterusan.




252 views0 comments

Related Posts

See All