top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Ekspo Perkahwinan India Malaysia Kini Kembali

Oleh : Fathur Rezky Zuliyus

Penyunting: Haswendren Bala


Suasana Indian Wedding Ekspo. Sumber: Fathur Rezky Zuliyus

KUALA LUMPUR, 13 Okt - Indian Wedding Expo yang berlangsung pada 11 hingga 13 Oktober menerima sambutan hangat oleh rakyat malaysia yang berlangsung di KL Sentral.

Anjuran Indian Wedding Expo tersebut adalah bertujuan untuk memperkenalkan keunikan budaya dan adat pernikahan India kepada rakyat Malaysia supaya dapat ditonjolkan kepelbagaian sesuatu budaya yang terdapat di Malaysia.


“Pesta ini dijalankan bagi memperkenalkan adat perkahwinan masyarakat India dan mengeratkan silaturahim antara budaya lain”, kata Raymon Yap, Pengarah Indian expo.


Pesta tersebut mendapat sambutan yang lebih meriah berbanding tahun sebelumnya dan ramai rakyat Malaysia dari pelbagai kaum datang untuk memeriahkan lagi pesta tersebut serta pesta ini dapat membuktikan bahawa rakyat Malaysia menyokong antara satu sama lain.


Selain itu pesta tersebut mempunyai 15 lebih booth yang mempekenalkan budaya perkahwinan India dan terdapat pelbagai baju perkahwinan dari generasi ke generasi bagi menunjukkan keistimewaan budaya tersebut.


“Indian wedding expo sangat bagus untuk dijalankan kerana budaya India merupakan tradisi dari budaya negara Malaysia juga”, kata Nina yang merupakan salah seorang pelanggan yang menjaga salah satu booth di pesta India Wedding Expo ini.


“Setiap budaya mempunyai keunikan masing-masing. Tidak salah untuk saling menerima budaya yang berbeza. Dalam keluarga saya, terdapat beberapa orang yang mempunyai budaya dan agama yang berbeza tetapi kami saling menghargai antara satu sama lain,” kata Atha, 22, salah seorang pengunjung.


Pesta ini terbukti memberikan pendedahan tentang budaya masyarakat India terutamanya dalam perkahwinan dan memberi impak positif terhadap Malaysia yang mempunyai masyarakat yang majmuk.

27 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page