top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Emily In Paris Mempengaruhi Minda Penonton

Updated: Jan 10, 2022

Penulis: Syafiqah Jafri

Penyunting: Moganapriya Loganathan

Sumber: Google


Drama bersiri Emily In Paris yang ditayangkan di aplikasi berbayar Netflix telah memberi gambaran mengenai sikap dan budaya masyarakat Perancis. Drama lakonan Lily Collins ini menunjukkan bagaimana kehidupannya di Perancis. Drama ini tidak sesuai ditonton oleh penonton bawah umur.


Hal ini kerana, drama bersiri ini dikatakan mempunyai adegan-adegan yang tidak bersesuaian ditonton oleh semua peringkat umur. Adegan-adegan yang ditayangkan dalam drama ini mungkin menjadi salah satu faktor terjadinya peningkatan masalah sosial dalam kalagan masyarakat terutamanya dalam kalangan remaja bawah umur.


Drama Emily in Paris ini mempunyai lanjutan daripada siri pertama dan kedua. Drama Emily In Paris ini telah dihasilkan oleh MTV Entertainment Studio dan pada asalnya drama ini dibangunkan untuk Paramount Network. Drama ini merupakan ciptaan seorang pengarah America iaitu Darren Star.


Persoalannya sejauh manakah adegan-adegan dalam drama bersiri Emily In Paris ini memberi kesan negatif kepada golongan bawah umur?


Drama Emily In Paris ini merupakan sebuah drama bersiri yang telah memasuki siri kedua. Emily In Paris ini merupakan sambungan siri pertama yang ditayangkan sekitar tahun 2020. Drama ini berkisarkan seorang eksekutif pemasaran daripada Chicago yang diminta berhijrah ke Paris. Kehidupannya di Paris bermula dengan pelbagai cabaran dan konfliks disebabkan oleh kelemahannya yang tidak dapat bertutur dalam bahasa Perancis. Emily Cooper terpaksa mencari jalan penyelesaian untuk setiap konflik yang timbul bagi mengadaptasi kehidupan barunya di negara asing.


Adegan yang Didakwa Mengundang Persepsi Negatif Netizen

Drama bersiri Emily In Paris ini telah memaparkan banyak adegan yang dianggap tidak bersesuaian untuk tontonan penonton bawah umur. Terdapat beberapa adegan ranjang yang tidak ditapis ditayangkan dalam drama ini.


Penonton bawah umur yang menonton drama ini cenderung terpengaruh dengan adegan-adegan tersebut. Hal ini kerana, golongan ini sememangnya mudah terpengaruh dengan apa sahaja yang ditonton sama ada baik atau buruk.


Budaya dan tingkah laku yang ditayangkan dalam drama ini bertentangan dengan budaya dan adat yang dipraktikkan di Malaysia. Jadi, perbezaan yang ditonjolkan dalam drama ini mungkin tidak dapat dibezakan baik buruknya oleh penonton bawah umur.


Berpegang Kepada Prinsip Kesopanan dan Kesusilaan

Sebagai seorang rakyat biasa, bukanlah menjadi hak kita dalam menghalang penghasilan karya kreatif daripada negara luar yang mempunyai adegan-adegan seksual. Penghasilan karya kreatif yang dihasilkan oleh negara luar yang mungkin mempunyai unsur seksual dapat diterima oleh sesetengah negara namun masih lagi tabu di Malaysia. Adegan seperti ini dianggap sensitif dan tidak dapat diterima oleh majoriti rakyat Malaysia.


Cara penerimaan sesuatu informasi yang diperolehi daripada drama yang ditayangkan itu sebenarnya berbalik pada diri seseorang itu sendiri. Seperti yang kita sedia maklum, salah satu prinsip yang termaktub dalam rukun negara kita adalah kesopanan dan kesusilaan. Sekiranya, seseorang itu berpegang pada prinsip tersebut, pastinya dapat membezakan yang sepatutnya dijadikan contoh dan diambil sebagai pengajaran dalam kehidupan seharian seperti pepatah, “buang yang keruh, ambil yang jernih”. Oleh itu, sebagai rakyat kita seharusnya bijak dan rasional dalam membuat keputusan agar tidak mendatang kesan negatif kelak.


Usaha Menangani Isu Ini

Menangani isu yang berkaitan dengan tayangan filem sebegini memerlukan usaha dan kerjasama daripada ramai pihak. Setiap pihak haruslah berganding bahu untuk turut serta memastikan filem sebegini tidak ditonton oleh penonton bawah umur. Usaha yang boleh dilakukan oleh pihak berkuasa ialah dengan meletakkan had umur bagi setiap drama yang mempunyai adegan-adegan negatif kepada golongan bawah umur. Bukan itu sahaja, setiap drama yang akan ditayangkan di dalam Malaysia perlulah ditapis terlebih dahulu ekoran penerimaan masyarakat Malaysia yang masih lagi tabu.


Seterusnya, ibu bapa seharusnya memantau setiap drama mahupun filem yang ditonton oleh anak mereka. Pengawasan daripada ibu bapa bukanlah sesuatu yang dianggap sebagai mengongkong kehidupan harian anak mereka tapi hanya sebagai langkah berjaga-jaga agar tidak terpengaruh dengan unsur negatif daripada drama dan filem yang ditonton.


Bukan itu sahaja, sebagai seorang yang berpegang pada prinsip kesopanan dan kesusilaan seharusnya bijak dalam memilih dan membuat keputusan rasional terhadap setiap apa yang dilakukan.



74 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page