• Nadi Bangi

Eminence Raptors Bakal Bangkit Perkukuh Kedudukan di Wild Rift ICON Series Musim Panas

Oleh: Azmi Nordin

Penyunting: Rahimi Rahim


Sumber: Tangkapan skrin FB Live ESL Malaysia


KUALA LUMPUR 19 April - Perlawanan peringkat kumpulan Wild Rift ICON Series Musim Panas diantara pasukan Eminence Raptors dan SEM9 berlansung sengit dengan keputusan kemenangan 2-1 milik SEM9 .


Wild Rift adalah permainan MOBA (multiplayer online battle arena) yang diadaptasi daripada permainan League of Legends melibatkan 2 pasukan yang dianggotai 5 orang pemain dan bertujuan memusnahkan kubu pasukan lawan. Wild Rift adalah aplikasi permainan daripada Riot Games yang baru sahaja memasuki Asia Tenggara Oktober tahun lepas. Wild Rift ICON Series Musim Panas yang bermula pada 19 April melihatkan pasukan seperti Berjaya Dragons, Geek Fam, SEM9, Eminence Raptors, RTZ Underank, Homiee, Linkx Esports dan Splatzone Insomniax dan mereka akan bertanding untuk merebut 5 slot ke Playoffs bagi mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa.


Perlawanan di antara Eminence Raptors dan SEM9 berlangsung pada jam 10 malam bersiaran langsung di Facebook Live ESL Malaysia. Kedua dua pasukan menunjukkan persaingan yang sengit pada awal permainan. Namun kemenangan pertama berpihak kepada SEM9 yang mana berjaya mengatasi Eminence Raptors.


Tidak mudah mengalah, Eminence Raptors kembali menyamakan kedudukan dengan rentak permainan yang lebih kemas dan agresif sekaligus memberikan mereka peluang untuk menghadapi cabaran buat permainan ketiga sekaligus mengheret permainan ke set pusingan penentuan. Pihak lawan yang bijak mengatur serangan balas akhirnya membuatkan Eminence Raptors kecewa apabila gagal mempertahankan menara terakhir sebelum dimusnahkan pasukan SEM9.


Wartawan Nadi Bangi sempat menemu ramah seorang pemain daripada pasukan Eminence Raptors selepas tamat perlawanan itu. Khalil Khairuddin atau In Game Name ‘Fluffy’ menyatakan bahawa punca kekalahan mereka ke atas SEM9 adalah disebabkan kurangnya pengalaman dalam pentas profesional dan masih dalam proses membiasakan diri.


“Kekalahan pertama mungkin disebabkan beberapa ahli pasukan tidak pernah bermain di peringkat profesional sebelum ini. kurang kawalan emosi dan pengalaman adalah pendorong pada kekalahan pertama. namun pada perlawanan ketiga mengalami kesalahan dari segi pergerakan sehingga memakan diri kami di dalam sesi pertembungan terakhir antara kedua-dua pasukan


Katanya lagi “Harapan Eminence Raptor yang seterusnya sudah pasti memenangi perlawanan yang akan datang. Terdapat pasukan tumpuan seperti Geekfam, dan Berjaya Dragon yang mana kami akan lebih berhati-hati. Untuk mendapatkan kedudukan selesa pastinya ada pasukan tumpuan untuk kami fokus bagi mendapatkan mata yang tinggi.”


Eminence Raptor yang terdiri daripada 3 pemain berasal dari Malaysia dan 2 lagi masing-masing dari Indonesia dan Singapura itu gagal meraih 3 mata pertama mereka sehingga tidak dapat mendahului carta kumpulan. Ini menyebabkan mereka perlu berusaha dengan lebih keras dan mengeluarkan segala jenis perancangan dan idea bagi merebut peluang menjadi 5 terbaik kemudian bermain mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa.


57 views0 comments

Related Posts

See All