top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Ibu Berkira Yuran Mengaji Anak RM30?

Oleh : Sharifah Sofeena

Penyunting : Shafiq Hyzad

Sumber : Twitter


BANGI, 19 Dis – Seorang pengguna Twitter meluahkan rasa kecewa kerana ada ibu bapa yang berkira dengan yuran mengaji anak meskipun kadar yuran yang ditawarkan hanyalah RM30 sahaja, tetapi masih dikira mahal dan berharap yuran dapat dibayar dengan seikhlas hati.


@Mar_excel menerusi laman sosial Twitternya telah memuat naik satu gambar yang menunjukkan perbualan antara seorang ustazah dan ibu tentang kelas mengaji. Tweet tersebut telah mendapat lebih daripada 10 ribu Retweet dan ramai juga yang turut memberikan komen dan keluhan mengenai isu tersebut. @Mar_excel turut berkata, “Dapat parents macam ni, memang parah. Nasib baik semua yang aku mengajar setakat ini, semua okay. Semua tak berkira,” katanya.


Menerusi perbulan tersebut juga menunjukkan bahawa si ibu membandingkan kelas mengaji dan kelas akademik. Katanya, kelas mengaji tidak sesukar seperti kelas akademik dan tidak perlu dibayar seperti kelas tuisyen. Dia juga meluahkan rasa kecewa kerana yuran yang dikenakan oleh ustazah tersebut adalah RM30 dan berpendapat yuran tersebut mahal dan mungkin perlu dibayar dengan seikhlas hati sahaja.


Ramai yang kecewa dengan sikap si ibu dan memberikan komen serta pandangan. Malah ada juga yang pernah melalui situasi yang sama. @ndzrnzm berkata “Situasi yang aku pernah lalui. Aku buat kelas muzik belajar main piano, ada satu mak ni chat cakap tak boleh ajar seikhlas hati ke apa sebab yuran RM60 tu mahal haha. Sabar jelah,” ujarnya.


Pelakon Adibah Noor juga memberikan komen menerusi Twitternya dan menyindir apa yang dikata oleh si ibu kerana mengaji sepatutnya dibayar seperti pekerjaan yang lain dan tidak sepatutnya dibandingkan. Beliau juga berkata sekiranya tidak mampu, si ibu boleh berbincang dan minta budi bicara ustazah tersebut.


Kelas akademik dan kelas mengaji sama pentingnya kerana ilmu agama dan dunia perlu diimbang. Ilmu agama bukan sahaja membantu untuk bekalan akhirat malah berguna untuk kehidupan seharian di dunia. Sabda Rasulullah SAW bermaksud : “Sesiapa menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah SWT akan memudahkan baginya jalan menuju ke syurga.” (Hadis Riwayat Abu Daud)


@AimanPsikologi yang aktif berkongsi tentang psikologi di Twitter juga turut menyatakan pandangannya terhadap isu ini. “ Kalau senang nak ajar kenapa dia tak ajar sendiri? Kenapa nak sub pada ustazah pula,” katanya.


@FuzaRuslan juga turut meluahkan rasa kecewanya terhadap si ibu, “Minta maaf cakap. Kenapa bab academic sanggup bayar ratus-ratus. Tapi bab mengaji bekal akhirat sambil lewa. Kecewa la dapat mentality sampah macam ni,”.

72 views0 comments

コメント

5つ星のうち0と評価されています。
まだ評価がありません

評価を追加
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page