• Nadi Bangi

Epl Milik Liverpool Setelah 30 Tahun

Oleh: Amelin Yazimi

Penyunting: Fatin Roslee

Sumber: Twitter @premierleague


STAMFORD BRIDGE, 27 Jun- Penyokong Liverpool terpaksa menanti selama 3 dekad untuk The Reds menjulang takhta juara liga utama Inggeris pada awal pagi Jumaat dan buat pertama kalinya Liverpool menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) dan memintas Manchester City sebagai pesaing hebat.


Pencapaian Liverpool untuk dua musim kebelakangan ini sangat luar biasa dan dapat mengubati penantian yang terlalu lama serta kemenangan yang dijulang dilakukan dengan penuh gaya.


The Reds merupakan pasukan EPL pertama yang berjaya mengalahkan semua pasukan yang bersaing dalam liga, setelah mengalahkan West Ham 2-0 pada penghujung Januari 2020.


Reem Shahwa, hos Astro Supersport yang juga penyokong tegar The Reds, berkata dalam Astro Awani yang kemenangan Liverpool dalam EPL membuatkan beliau menangis kerana tidak sangka dengan kemenangan tersebut.


Dalam 31 perlawanan, Liverpool hanya tewas sekali, seri dua kali dan yang lebih menarik selepas seri dengan Manchester United pada Oktober 2019, The Reds merekodkan kemenangan 18 kali berturut-turut.


Melalui tinjauan Nadi Bangi di Twitter, para penyokong kelab bola sepak tersebut turut meluahkan rasa gembira setelah menanti selama 3 dekad. Faizal Rosly, @ijaicool di laman Twitternya berkata jodoh dalam kalangan penyokong Liverpool merupakan mereka yang setia dan hari kemenangan Liverpool merupakan kebahagiaan bagi penyokong The Reds.


Nadi Bangi juga sempat menemubual salah seorang penyokong Liverpool, Sahazwan, pelajar universiti swasta, berkata setelah bertahun-tahun menunggu dan akhirnya tahun 2020 merupakan tahun kegemilangan buat Liverpool dan ini menjadikan Liverpool antara kelab yang hebat.


“Saya respect semua penyokong Liverpool sebab sama-sama menunggu hari kemenangan ini. Tahniah dan terima kasih Liverpool!”


Stadium Anfield dipenuhi dengan penyokong Liverpool yang bersorak meraikan kemenangan selepas wisel penamat di Stamford Bridge ditiup. Lagu You Never Walk Alone bergema di Anfield dan terdapat percikan bunga api sempena meraikan kemenangan The Reds

9 views0 comments

Related Posts

See All