top of page
  • Writer's pictureSyakir Sazali

Eric Ten Hag Beri Nafas Baharu Buat The Red Devils Musim Hadapan

Penulis: Muhammad Syakir bin Ahmad Sazali

Penyunting: Muhamad Nazeem bin Mohd Nazri

Sumber: Foot The Ball


MANCHESTER, 25 April – Kelab gergasi bola sepak eropah Manchester United (MU) mengumumkan pengambilan Erik Ten Hag sebagai pengurus baru pasukan itu pada jumaat lalu bagi menggantikan pengurus interim Ralf Rangnick musim ini.


Rangnick berpendapat pengurus kelahiran Belanda itu mampu membawa nafas baharu dalam pasukan dengan masa yang ada dan perlawanan pra musim yang bakal tiba tidak lama lagi.


“Sejujurnya saya tidak mengenali dia (Ten Hag) dan tidak pernah bertemu dengannya tetapi, apa yang saya lihat dia mampu lakukan ketika berada dalam pasukan Bayern Munich bawah 23 tahun dan Ajax sekarang, saya boleh katakan saya menyukai bola sepak dia dan percaya yang dia mampu memperbaharui kelab ini (Manchester United),” ujarnya.


Pengurus kelahiran Belanda itu sebelum ini mengendalikan sebuah kelab gergasi di liga Belanda, Ajax dan dalam masa yang sama berjaya meraih kejuaraan liga sebelum ini bersama kelab tersebut dan ingin mengulanginya bersama kelab barunya pada musim hadapan.


“Saya tahu sejarah tentang kelab hebat ini dan semangat peminat yang besar, dan saya benar-benar berazam untuk membangunkan pasukan yang mampu memberikan kejayaan yang sepatutnya,” katanya.


Pengurusan Manchester United menyatakan Ten Hag akan diberikan sejumlah dana yang besar untuk membantu membentuk pasukan menjelang musim pertamanya.


Menurut sumber ESPN, bahagian pengambilan kelab tersebut bercadang untuk membawa masuk tiga pemain baharu musim depan.


Manchester United menyatakan bahawa mereka tidak mahukan revolusi sebaliknya evolusi yang boleh dibawa Ten Hag kepada kelab tersebut ditambah dengan kekalahan besar 1-3 kepada Arsenal baru-baru ini.



9 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page