top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Fellasopher Jazz Trio Kembali Lagi

Penulis: Aidanadhira Hasbi

Penyunting: Sheirly Lee

Foto: Aidanadhira Hasbi


SERI KEMBANGAN, 7 Nov – Kumpulan Jazz terkenal di Malaysia iaitu Jazz Trio telah berkolaborasi bersama-sama Komuniti Migo’s Garage X TTT dan disokong oleh ATAS by Bijan FX, HK Audio Malaysia, Sinamex, Warisan Hall Studio menjayakan persembahan pertama secara langsung di Migo’s Street Cafe yang bertempat di Seri Kembangan.


Walaupun keadaan cuaca hujan lebat sehingga jam 9.30 malam, cafe tetap dipenuhi pelanggan dan malah ada yang telah membuat tempahan untuk menghadiri showcase tersebut. Peminat Jazz Trio sanggup berdiri lama untuk mendapatkan tempat dan setia menanti sehingga ke akhir persembahan. Pihak penganjur cuba untuk menyediakan tempat dan tetap memastikan setiap pelanggan mematuhi standard prosedur yang telah ditetapkan oleh kementerian kesihatan.


Jazz Trio yang terdiri daripada Rizal Tony, Wan Azfarezal dan Fitri Misran yang masing-masing merupakan ahli muzik yang berpengalaman lebih daripada 20 tahun dalam genre jazz. Mereka membuat persembahan sulungnya secara langsung setelah hampir 2 tahun berehat kerana pandemik masih mendapat perhatian dan ditunggu-tunggu oleh peminat jazz di Malaysia.


“Ketika aktiviti sosial disekat, kami masih membuat program secara atas talian seperti Webinar bersama-sama pelajar muzik Uitm Shah Alam. Ilmu-ilmu berkaitan muzik jazz yang sebenarnya merupakan salah satu bahasa universal dan dikenal oleh serata dunia” jelas Rizal Tony. Beliau juga merupakan gitaris, komposer dan pengarah muzik yang banyak bekerjasama dengan ramai artis tempatan dan antarabangsa.


“Zaman kegemilangan muzik adalah pada zaman Allahyarham P.Ramlee dan jazz merupakan satu muzik lama yang masih diminati oleh kebanyakan masyarakat serta dikenali oleh semua negara. Kami memberikan sedikit sentuhan moden dalam muzik jazz agar dapat diterima oleh masyarakat kini” kata Wan Azfarezal.


Wan Azferezal merupakan ketua dan bassist bagi Jazz Trio yang mempunyai pengalaman yang cukup lama dalam genre jazz dan beliau juga merupakan ahli orkestra RTM dari 2009 sehingga kini. Beliau juga pernah dijemput ke beberapa pentas antarabangsa untuk membuat persembahan antaranya, South Africa Jazz (2005), Jakarta Jazz Festival (2012) dan banyak lagi.


Fitri Misran juga merupakan ahli orkestra RTM dan masih bergiat aktif dalam bidang muzik. Beliau merupakan pemain drum bagi kumpulan Fellasohper Jazz Trio dan beliau juga pakar dalam genre muzik lain. Antaranya ialah tradisional melayu, RnB, Pop dan sebagainya.


Alif yang merupakan penganjur dan pemilik tersebut berkata “Live band session ini adalah satu cara untuk membantu vendor-vendor di Migo’Street Cafe untuk meningkatkan jualan mereka dan secara tak langsung juga membantu para busker serta artis tempatan untuk mengadakan showcase dan pihak kami akan menyediakan tempat dan segala instrumen muzik bagi menjayakan live band session nanti”


“Kami juga memilih band Fellasohper Jazz Trio ini kerana konsep Migo’s Garage agak kena dan kami selesa berkerjasama dengan Fellasohper” tambah rakan kongsinya Adam Sabri.


Pada akhir persembahan Jazz Trio, Rizal Tony telah memaklumkan bahawa mereka akan melancarkan lagu terbaru mereka pada Mac 2022. Rata-rata peminta boleh mendapatkan lagu terbaru mereka secara fizikal dan digital pada tarikh tetap yang akan diberitahu kemudian.


122 views2 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page