top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Fenomena Air Pasang Besar Kembali Melanda Kampung Penampi

Penulis: Ridho Permana Prasetyo Aldi

Penyunting: Muhammad Fareez Budiman Naim

Sumber: Google


BENGKALIS, 5 Dis - Fenomena air pasang besar kembali melanda kawasan perumahan di Jalan Bantan, Kampung Penampi dimana kawasan tersebut telah dinaiki air dengan ketinggian lebih 30 sentimeter (cm).


Jalan keluar masuk ke kawasan Kampung Penampi turut terputus, orang ramai yang lalu lalang terpaksa meredah jalan walaupun paras air mampu mencecah paras betis dan ada juga motosikal penduduk yang sudah tenggelam di dalam air.


Seorang penduduk, Mang (34), berkata air mula naik pada pukul 07.00 pagi. Dia tidak menyangka air melanda rumahnya secepat itu.


"Air di rumah saya sudah naik 30 sentimeter. Kelajuan air dalam masa beberapa minit sudah 10 sentimeter," kata Nawi ketika ditemui di lokasi.


“Sudah pukul 8:30 pagi, air mula naik ke dalam rumah kira-kira pukul 8,” tambahnya lagi.


Nawi berkata, barang-barang di rumahnya telah ditenggelami air sepenuhnya. Ketika banjir melanda, Nawi fokus menyelamatkan barang-barang yang masih boleh diselamatkan.


Seorang lagi penduduk, Iyan (45). Ketika hendak ditemu bual, Iyan kelihatan sibuk mengangkat televisyennya, separuh daripadanya sudah basah.


"Ya Allah, kenapa sampai macam ni. Lagipun air dah kena tilam dan juga almari, tak ada yang dapat diselamatkan," ujar Iyan dengan mata yang sebak. Iyan memandang timbunan baju yang basah itu, lalu mengalihkannya ke dalam baldi.


Menurut Iyan, banjir kali ini merupakan yang terburuk sejak banjir besar melanda kawasan tersebut pada Ahad (12/5/2021).


"Semalam tidaklah setinggi ini. Teruk betul, banyak benda terapung, dan bila hujan air pasang surut." katanya.


Jelasnya, banjir ini berpunca daripada aktiviti pasang surut semasa fasa anak bulan. Ini juga akan mencetuskan fenomena semula jadi lain seperti peningkatan hujan dan potensi angin kencang yang boleh menjejaskan aktiviti pantai di kawasan penampi.


“Banjir air laut boleh memberi kesan mengganggu penduduk yang akan melintas jalan untuk ke tempat kerja, aktiviti penduduk turut terganggu kerana air pasang,” katanya.


Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada serta menjangka impak pasang surut air laut yang maksima, mereka juga dinasihatkan untuk mengambil perhatian terhadap sebarang kemaskini maklumat cuaca maritim daripada Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG).

32 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page