top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Fesyen Sakinah Mencolok Mata

Oleh: Syukri Mazli

Penyunting: Aiman Mustaqim


Sumber:Instagram


BANGI, 27 Jun - Baru-baru ini ruangan komen media sosial Instagram milik salah seorang selebriti, Sharifah Sakinah dipenuhi dengan kritikan dan kecaman daripada netizen selepas dia memuat naik satu gambar miliknya yang dikatakan mencolok mata sehingga ada diantara netizen yang memberikan komen berbentuk lucah.


Sharifah Sakinah atau nama penuhnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 31, memang dikenali sebagai seorang selebriti yang mempunyai personaliti yang tersendiri dan masih tidak mudah melatah apabila sering dikaitkan dengan isu pakaiannya.


Namun begitu, disebalik komen-komen ‘hebat’ daripada kaum lelaki, kaum wanita di Malaysia juga ibarat mencurahkan minyak ke api dengan mengkritik saiz payudara beliau serta pelbagai jenis tomahan dan kutukan yang ditujukan untuk menjatuhkan air muka selebriti tersebut.


Menurut pemilik akaun Instagram @scarfbista, beliau berasa malu dengan sikap kaum wanita yang secara terus-menerus mengecam cara pemakaian Sharifah Sakinah. Walaupun hakikatnya perbuatan selebriti itu salah di sisi agama tetapi itu bukan lah cara untuk menegur kesalahan seseorang. Kaum wanita sepatutnya ‘support’ sesama sendiri dengan kata-kata yang membina dan mendoakan perkara-perkara yang baik bukannya dengan mengecam dan menghina sehingga mampu menjatuhkan air muka seseorang.


“Malunya dengan perempuan yang pakai tudung, mereka lah yang paling banyak comment with zero manners lol,” kata pemilik akaun @puterinajia di dalam ruangan komen.


Walaubagaimanapun, sebagai seorang selebriti, Sharifah Sakinah tidak terkesan dengan kecaman-kecaman liar yang telah diberikan terhadap beliau. Sejurus selepas insiden ‘viral’ tersebut beliau terus memuat naik sebuah lagi gambar dengan caption yang berbunyi seperti


“Bising ah.. Ok lah cover pakai tangan,”


Ini bukan kali pertama Sharifah Sakinah menghadapi situasi seperti itu. Bahkan sebelum ini, pelakon berusia 31 tahun itu dikritik hebat oleh ‘cybernaut’ tempatan kerana memilih untuk mengenakan pakaian yang menampakkan susuk tubuh.

188 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page