top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Fitri Munawaroh Bukti Sibuk Bukan Penghalang

Oleh: Nurul Farhana binti Abdullah

Penyunting: Lovina Nova Sukra a/p Lorganaden


Sumber: Facebook Inspirasi Varsiti

BANGI, 11 Nov- Fitri Munawaroh graduan daripada Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Dakwah dan Kepimpinan) telah terpilih sebagai penerima Hadiah Kecemerlangan Dakwah Hakim Hakimi Fariza pada Majlis Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia kali ke-47 yang telah berlangsung pada hari Sabtu yang lalu.


Beliau merupakan Majlis Perwakilan Pelajar bagi sesi 2018/2019 dan merangkap bekas Naib Presiden bagi Persatuan Inspirasi Varsiti telah menerima wang tunai berjumlah RM 1000.00 bagi kategori tersebut.


Hadiah bagi kategori tersebut merupakan anugerah khusus daripada Fakulti di bawah Jabatan Dakwah. Anugerah ini dinilai berdasarkan kepada graduan yang aktif dalam aktiviti kokurikulum dan mempunyai ciri-ciri sahsiah diri yang terpuji serta mempunyai daya kepimpinan yang baik.


Menurut perkongsian Fitri Munawaroh dalam laman Facebooknya, sepanjang pahit manis bergelar mahasiswa ini amat pilu tetapi pada masa yang sama amat menyeronokkan. Tambahnya lagi, kesibukan membuatkan beliau menggunakan masa yang ada dengan sebaiknya kerana masa tidak akan berulang kembali.


“Kesibukan ini adakalanya bagus untuk melatih kita bijak dalam mengurus masa. Urusan atau alasan sibuk dalam berpersatuan dan program serta kerja dakwah bukanlah penghalang kejayaan malah merupakan sebagai pemangkin kejayaan untuk kita lebih berjaya,” katanya.


“Perancangan saya lepas ni, sudah pasti sambung belajar lagi. Dalam masa yang sama terlibat aktif dengan aktiviti luar dan kesukarelawanan. Impian saya satu hari nanti, ingin menjadi seorang pensyarah dan berkhidmat serta berbakti untuk masyarakat.”


Keep Positive dan sentiasa bersangka baik kepada Allah” pesannya sebagai penutup bicara di laman Facebooknya.

296 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page