top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Forum Hari Radio Sedunia 2020

Oleh: Syukri Mazli Penyunting: Adrian Lee




BANGI, 7 Mac - Forum Hari Radio Sedunia 2020 telah diadakan di Wisma Radio, Angkasapuri pada 13 Februari lalu. Objektif forum ini diadakan adalah untuk membincangkan mengenai radio dan kepelbagaian dalam kalangan ahli-ahli panel. Profesor Industri Kreatif, International School of Arts, Rajabhat University, Bangkok, Prof. Dr. Asiah Sarji merupakan salah seorang ahli panel forum tersebut berkata, “Kita sudah sampai ke satu alaf baharu dalam melihat radio. Kita sudah tidak menggunakan pendekatan lama namun masih berada dalam landasan lama.” Manakala Pengurus Rangkaian Kandungan Jenama Radio Melayu iaitu Nazri Noran pula berpendapat bahawa, “Tujuan radio adalah untuk menyampaikan maklumat. Oleh itu, kita perlu sentiasa peka dengan keadaan semasa kerana kita membawa emosi kepada pendengar.” Tambah beliau lagi, “Pihak radio perlu membezakan antara berita betul dan berita palsu sebelum disampaikan kepada pendengar agar berita tersebut adalah sahih.” Turut hadir, Datuk Rahim Razali, Seelan Paul dan Nazri Noran sebagai ahli panel Forum Hari Radio Sedunia 2020.

45 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page