Nadi Bangi
Gadis Dikecam Netizen Gara-Gara Beli Penapis Udara
Penulis: Fitrah Kamaleea Mohd Zam
Penyunting: Nur Syazwana Abu Bakar

Sumber: Tiktok
BANGI, 6 Nov - Tular baru-baru ini apabila seorang gadis di aplikasi Tiktok dikecam netizen kerana di salah ertikan membeli penapis udara semata-mata untuk mendapatkan poster kumpulan penyanyi lelaki Korea Selatan popular sehingga digelar pentaksub.
Eyka Yana, 23, menerusi akaun tiktoknya @eyka.yanaa telah memuat naik video yang memaparkan dirinya teruja membuka kotak bungkusan penapis udara yang berharga ribuan ringgit. Video berkenaan telah meraih jumlah tontonan sebanyak 1.2 juta dan apabila ditinjau di ruangan komen, pelbagai reaksi netizen dapat dilihat. Kebanyakan mereka memberikan komen yang negatif terhadap beliau dan ramai yang menggelar gadis tersebut sebagai pentaksub kerana menghabiskan ribuan ringgit untuk sekeping poster kumpulan penyanyi lelaki berkenaan.
“Jom unboxing air purifier, semangat kau sebab poster BTS. Alang-alang kucing kat rumah ni sampai lima ekor kan.” tulisnya di ruang kapsyen video Tiktok tersebut.
Gadis itu menunjukkan rasa semangat untuk membuka bungkusan penapis udara tersebut lebih-lebih lagi pembelian produk pada kali ini diberikan poster kumpulan lelaki Korea kegemaran beliau. Hasilnya, video itu menerima pelbagai kecaman daripada netizen walaupun tujuan utama beliau hanya untuk membeli penapis udara sahaja dan secara kebetulan mendapat poster percuma kumpulan penyanyi Korea berkenaan.
“Kenapa la taksub sangat sampai beli coway untuk dapat gambar BTS. Kau print je lah dari komputer. Benda boleh mudah buat apa nak susah.” - Tiktok @applemint4488
Walau bagaimanapun, ada juga segelintir netizen yang berfikiran positif dengan menganggap gadis berkenaan sudah lama merancang untuk memiliki penapis udara tersebut atas sebab tertentu dan poster BTS itu hanya kebetulan diberikan secara percuma pada waktu itu.
“Dia macam 2 in 1 la. Akak ni memang nak beli air purifier tu pastu alang-alang dapat poster tu dia beli la terus. Tu pon tak faham ke.” - Tiktok @taegirlf_
Menerusi akaun tiktoknya, Eyka Yana juga ada membalas komen seorang netizen yang menggelar dirinya taksub. Beliau menasihatinya agar jangan menuduh sebarangan. Poster itu diberikan secara percuma. Jika betul beliau ingin mendapatkan poster kumpulan kegemarannya itu beliau akan terus sahaja membeli di laman web tertentu.
“Jangan duk palatao sangat dik, benda poster freegift je dik. Kalau aku nak poster tu semata baik aku beli dekat Weverse.” -Tiktok @eyka.yanaa
Eyka Yana menjelaskan bahawa beliau dan keluarganya telah menggunakan produk tersebut sejak tahun 2015. Apabila ditanya tentang tujuan membeli penapis udara tersebut beliau menyatakan bahawa rumahnya terdapat 5 ekor kucing dan bulu-bulu mereka berterbangan di serata rumah tambahan pula rumahnya memang banyak habuk.
“One thing, taksub and minat itu lain bagi saya. Then again, i am okay for the overwhelming respond on my video. I’m well prepared for that, tapi untuk pesanan for others, mereka tak kenal orang tu just from one video so do not make a judgement from one video.” tambahnya lagi menerusi perbualan Whatsapp.
Sejak dari dulu lagi peminat K-pop memang tidak dapat dipisahkan daripada gelaran pentaksub. Gadis yang merupakan peminat K-pop sejak tahun 2013 dan sebenarnya merupakan ejen bagi produk itu juga turut berpesan agar netizen tidak terlalu cepat menilai atau membuat spekulasi tentang sesuatu berdasarkan satu video sahaja.