top of page
Writer's pictureNadi Bangi

Gadis Jana Pendapatan RM1000 Dengan Menjual Resin

Oleh: Natasha Mazlan

Penyunting: Hazwani Amiruddin


Sumber: Instagram @nadikumy


BANGI, 26 Jun - Siapa sangka pada awalnya bermula sekadar dengan minat terhadap seni buatan “Resin” atau lebih dikenali sebagai damar, kini Nadia Majid mampu menjana pendapatan mencecah pendapatan kasar sehingga RM1000 sebulan.


Resin adalah bahan pepejal berasaskan daripada tumbuh-tumbuhan atau sintetik yang biasanya boleh ditukar untuk dijadikan polimer. Resin biasanya dicampurkan dengan bahan campuran sebatian organik yang berlaku secara semula jadi. Namun begitu, pada hari ini resin juga telah terkenal di dalam kalangan peminat estetik di mana ia mampu dijadikan sebagai hiasan, anting-anting. bingkai gambar dan banyak lagi.


Nadia Majid, 26 yang juga mesra disapa sebagai Nadia merupakan seorang pekerja eksekutif penyelidikan dan pembangunan di sebuah syarikat swasta di Selangor hanya bermula dengan hobi. Menurutnya, “Saya hanya bermula dengan perasaan ingin tahu, kemudian menjadi hobi, apabila saya memuat naik video di TikTok ramai yang memuji resin ini cantik. Jadi saya terus menceburi bidang ini secara suka suka sahaja”.


“Kebiasaanya proses pembuatan resin mengambil masa selama 7 hingga 14 hari untuk siap kerana pembuatan resin ini dibuat sendiri oleh Nadia. Proses pembuatan resin adalah rumit dimana ia perlu dilakukan secara berhati-hati. Prosesnya adalah dengan membancuh resin dan pengeras mengikut nisbah. Kemudian, tambah pewarna dan bunga ke dalam acuan yang telah disediakan. Akhir sekali, acuan tersebut dibiarkan kering sehingga 24 jam untuk dibiarkan keras.”


Nadia turut menganjurkan kelas belajar membuat resin untuk pengikutnya di Instagram dan TikTok. Kelas “Lets Get Artsy” adalah kelas teori untuk individu yang berminat untuk belajar cara-cara membuat resin. Di dalam kelas itu juga, beliau mengajar dan memperkenalkan dengan lebih terperinci mengenai alatan yang diperlukan, bahan acuan, tips-tips dan peraturan dalam membuat resin. Yuran yang dikenakan untuk setiap kelas pembelajaran resin secara maya adalah bermula dari RM199 sehingga RM249. Manakala harga bagi tempahan resin ashtray adalah bermula dari lingkungan RM15 sehingga RM100. Apa yang menariknya, pelanggan boleh menempah resin ashtray dengan custom made design yang mereka inginkan.


“Selain daripada membuat resin mengikut corak yang disediakan, saya juga menerima tempahan membuat resin menggunakan bunga-bunga yang telah layu daripada pelanggan untuk dibekukan atau diletakkan di dalam bingkai sebagai kenangan kepada individu tersebut.” Pembelian resin boleh ditempah di Instagram miliknya, iaitu @nadikumy dan banyak juga karya atau tempahan pelanggan yang dimuat naik di Instagram tersebut.


Harapan Nadia untuk seni pembuatan resin ini adalah agar perniagaan ini semakin berkembang di samping menjadikan perniagaan ini sebagai satu pekerjaan yang tetap berikutan ia merupakan sesuatu perkara yang sememangnya sangat diminati. Selain itu, Nadia juga berharap agar pengetahuan mengenai resin dan hiasan estetik ini semakin meluas sama ada di dalam ataupun luar negara.

336 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page