top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Gadis Ukraine Bintangi Filem Klepet

Updated: Dec 16, 2023

Penulis: Amir Aiman

Penyunting: Farzana Uyub


Sumber foto: Instagram darinaporhun & Kelkatutv.com



PUTRAJAYA, 12 Dis- Seorang gadis Ukraine antara pelakon yang bakal membintangi filem Klepet yang dijadualkan tayangan pada Julai atau Ogos 2024 dibawah produksi milik pasangan pelakon popular Aeril Zafrel dan Wawa Zainal iaitu Respected Citizen.


Darina Porhun, atau Lola yang juga pemegang watak gadis Ukraine merupakan seorang model yang berjaya dalam sesi ujibakat untuk membintangi filem Klepet. Filem ini merupakan sebuah filem bergenre aksi komedi dan dibintangi juga oleh pelakon ternama seperti Meerqeen, Nadhir Nasar, Aedy Ashraf dan banyak lagi. Sebanyak RM 2.1 juta dibelanjakan dan diarahkan oleh Indra Putra (Sanji) yang berlokasi di sekitar kawasan Melaka dengan konsep Motorhome.


Menurut Darina Porhun, filem ini merupakan yang pertama baginya untuk dilakonkan di Malaysia. Ini membuatkan dia banyak mempelajari seni lakonan menerusi kelas lakonan yang diajar oleh Adlin Ahmad Ramli untuk membangunkan watak Lola. Dalam pada itu, dia juga tidak fasih untuk bertutur dalam bahasa Inggeris dan Melayu kerana pertama kali datang ke Malaysia.  Jadi watak yang dilakonkan hanya menggunakan bahasa Ukraine sahaja.


Tambahan itu, dia juga menyatakan hanya memiliki 3 minggu sahaja sesi rakaman filem ini. Jadi dia perlu melakukan persiapan dengan berlatih bersama pasukan untuk memahami watak sebagai Lola. Baginya watak tersebut agak sama dengan karakternya sendiri. Namun, filem ini pula bertentangan kerana ia bergenre komedi aksi. Ini merupakan antara cabaran yang perlu dia hadapi semasa didalam set penggambaran nanti.


“Secara asasnya, kami berlatih bersama pasukan dan saya cuba memahami watak saya. Sebenarnya, watak saya sangat mirip dengan diri saya sendiri tetapi filem ini berlaku sebaliknya, iaitu komedi. Ini merupakan cabaran, kerana  ia mempunyai emosi yang berbeza didalam storyline dan ia adalah satu kontras”, katanya.


Dalam pada itu, dia juga menyatakan bahawa skrip yang diterima adalah paling lewat  berbanding barisan pelakon yang lain kerana sesi ujibakat serta wataknya ditetapkan pada saat akhir. Skrip tersebut pula menggunakan bahasa Melayu yang membuatkan ia agak rumit dan perlu mempelajari pada masa terdekat.


“Sebenarnya, saya mendapat skrip lewat daripada pelakon yang lain. Ini juga kali pertama saya mendapat skrip dalam bahasa Melayu. Jadi, tentu sahaja saya perlu memahaminya kerana ia agak rumit bagi saya”, ulasnya.


Selain itu, dia juga mengetahui bahawa kesemua pelakon watak hero dalam filem Klepet ini memiliki nama besar di Malaysia. Dia merasakan ia adalah bertuah kerana dapat berlakon bersama mereka. Keadaan ini dapat membantunya kerana mereka sangat profesional dan menjadi pendorong semasa sesi penggambaran nanti. Ini membuatkan dia berasa gembira untuk bekerjasama dengan mereka.


"Ya, tentu saja saya tahu. Saya sedang berlakon bersama pelakon-pelakon hebat. Saya sangat bertuah, tetapi mereka juga bertuah. Perkara ini sangat membantu saya kerana mereka sangat profesional dan boleh menjadi pendorong bagi saya. Jadi, kami boleh bekerjasama bersama dan tentu saya gembira", katanya semasa sesi pelancaran filem Klepet November lepas.

66 views6 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page