Nadi Bangi
Gangguan Teknikal MySejahtera Punca Masyarakat Panik
Penulis: Moganapriya Loganathan
Penyunting: Nur Syafiqah Mohamad Jafri

Sumber : Astro Awani
KUALA LUMPUR, 7 Nov - Status Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) serta individu dalam pemantauan (PUS) yang salah menerusi aplikasi MySejahtera telah menimbulkan rasa panik kepada individu yang tidak berkaitan dengan status tersebut.
Isu ini mula tular sejak awal pagi di media sosial terutamanya di platform Twitter.Ramai individu yang tiada kaitan dengan status ini berasa takut dan panik dengan status yang disiarkan dalam aplikasi MySejahtera. Beberapa pilihan seperti memuat turun aplikasi, uninstall dan reinstall dapat dilakukan dalam kalangan masyarakat tetapi masih gagal dalam menyelesaikan masalah ini. Masalah ini telah menimbulkan kerisauan dalam kalangan masyarakat kerana MySejahtera merupakan aplikasi wajib diakses dimana sahaja.
Satu kenyataan telah dikeluarkan di twitter Akaun Rasmi MySejahtera dimana pihaknya memohon maaf atas kesilapan mereka yang membenarkan pengguna rawak diberikan status HSO/PUS dan berjanji agar semua HSO/PUS akan kembali normal.
Kenyataan ini telah menimbulkan pelbagai reaksi individu yang terbabit dengan masalah ini.
Ciapan daripada majoriti pengguna Twitter yang menghadapi masalah dan membuat aduan telah menjadi bualan masyarakat di platform Twitter dimana ciapan tersebut mencecah 3,099 retweets, 3900 suka sehingga mendapat perhatian pihak bertanggungjawab.
Seorang pengguna Twitter, @theamsoon_lab telah memuatnaik satu ciapan yang menyatakan bahawa beliau turut menghadapi masalah yang sama berkaitan status PUS di aplikasi MySejahtera dimana beliau terpaksa membuat aduan pada pihak bertanggungjawab.
Tinjauan wartawan Nadi Bangi mendapati @McJoeWin juga pengguna Twitter memuat naik ciapan menyatakan nasib yang sama di mana hampir enam jam beliau menunggu pihak MySejahtera menyelesaikan isu ini.
Seorang pengguna Twitter,@HephzibahDavid1 telah memuat naik satu ciapan dimana beliau mempunyai urusan penting dengan negara lain dan masih lagi menunggu pihak aplikasi menyelesaikan isu ini selama lima jam.
Walaubagaimanapun,terdapat beberapa individu berjaya menyelesaikan masalah ini dalam masa yang terdekat dan juga berkongsi cara penyelesaian kepada orang lain. Dua orang pengguna Twitter, @frzshzwn dan @nurulizzati_my memuat naik satu ciapan dimana mereka telah mencuba dalam menutup dan membuka semula telefon bimbit serta mereka telah mengemaskini semula status Covid19 dan kembali normal.